Siakap Keli
Hujan Luar Biasa
Kredit: SCMP

Hujan Luar Biasa Landa Asia Tenggara Akibat Fenomena La Nina

Hujan Luar Biasa Landa Asia Tenggara Akibat Fenomena La Nina

Rantau Asia Tenggara bakal menyaksikan taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa dalam tempoh beberapa bulan akan datang, lapor South China Morning Post.

Difahamkan, cuaca buruk itu dijangka menjejaskan sektor ekonomi seperti pertanian, pelancongan dan industri lain yang sudah terkesan akibat sebilangan ribut yang melanda Asia Tenggara pada tahun ini.

Lanjutan daripada itu, ahli-ahli meteorologi turut menjangkakan hujan lebat dari Filipina hingga ke Vietnam sehingga November ini.

Menurut SCMP, ia berhubung dengan kemunculan fenomena La Nina di barat Lautan Pasifik, sekaligus membawa lebih banyak hujan di rantau ini.

Keadaan itu mampu menghalang usaha pemulihan di Vietnam selepas Taufan Yagi membadai negara itu pada September lalu, di mana merupakan taufan terburuk membadai negara itu dalam beberapa dekad.

Negara kuasa besar sektor pembuatan itu sudah pun menanggung kerugian sebanyak 40 trilion dong (kira-kira RM6.8 bilion) akibat taufan ini.

Beberapa negara mengalami kerugian besar

Dalam pada itu, pihak berkuasa juga memberi amaran bahawa kerosakan akibat ribut seperti kilang dibanjiri air, sawah dan ladang kopi ditenggelami air, boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi keseluruhan pada tahun ini.

Thailand yang bergantung kepada industri pelancongan pula mengalami kerugian mencecah 30 bilion baht (kira-kira RM389 juta) akibat gelombang banjir di utara negara.

Ini termasuk wilayah Chiang Mai, yang memaksa pemindahan kira-kira 100 ekor gajah dari sebuah pusat pemuliharaan.

Manakala di Filipina, negara ini telah mengalami sekitar sembilan taufan setiap tahun, masih dilanda beberapa ribut yang teruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Antaranya Taufan Gaemi pada Julai, Yagi pada September, dan Krathon pada Oktober lalu.

Menurut Pusat Meteorologi Asean, La Nina dijangka bermula dari Oktober hingga November ini.

Di samping itu, fenomena ini salah satu faktor utama menyumbang kepada keadaan hujan yang luar biasa lebat dan berterusan lebih lama berbanding tahun sebelumnya.

Singapura pula mengeluarkan amaran banjir pada 14 Oktober lalu selepas wilayah baratnya mencatatkan hujan tertinggi dalam tempoh 40 tahun, dengan ribut petir menyelubungi pulau itu.

La Nina akan muncul menjelang akhir 2024

Agensi cuaca Filipina turut meramalkan sebahagian besar kepulauannya mungkin akan menerima hujan melebihi purata sehingga akhir tahun dan mencapai 160 peratus melebihi purata pada Januari.

Manakala di Vietnam, negara ini dijangka mengalami hujan melebihi purata, termasuk di kawasan utara yang berorientasikan eksport dan industri, menurut perkhidmatan meteorologi negara itu.

Kawasan tengah Vietnam, satu lagi hab industri penting, dijangka dilanda banjir sekurang-kurangnya lima kali sehingga Mac depan.

Negara ini turut dijangka mengalami bilangan taufan tropika yang lebih tinggi daripada biasa hingga April.

Taufan itu berpotensi menghasilkan hujan lebat dengan risiko banjir, tanah runtuh, dan bangunan runtuh akibat angin kencang.

Pertubuhan Meteorologi Dunia meramalkan La Nina akan muncul menjelang akhir 2024, dengan pakar meramalkan kehadiran La Mina selama beberapa bulan dan dijangka menjadi lebih lemah serta lebih singkat berbanding ramalan awal.

Iklim semakin panas dijangka meningkat

Fenomena itu menolak udara panas ke arah Asia dan Australia, bertentangan dengan El Nino, yang membawa cuaca kering.

Menurut SCMP, suhu permukaan laut yang lebih panas juga menyumbang kepada perkembangan sistem ribut berkekuatan jauh lebih tinggi berbanding biasa.

Penyelidikan saintis Amerika Syarikat (AS) dan Singapura menunjukkan iklim semakin panas dijangka meningkatkan kemungkinan taufan terbentuk lebih hampir ke pantai Asia Tenggara.

Peningkatan intensiti siklon tropika di Lautan Pasifik turut memaksa perniagaan dan kerajaan di rantau yang terdedah kepada cuaca untuk mempertimbangkan cara baharu bagi menangani ribut.

BACA: Sharnaaz Ahmad Kini Pemilik Carabat FC

Sumber: South China Morning Post

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.