Sharnaaz Ahmad Kini Pemilik Carabat FC
Kelab bola sepak baharu, Carabat FC mengumumkan Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad sebagai pemilik kelab tersebut hari ini.
Kelab yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor itu memperkenalkan Sharnaaz menerusi satu siaran di laman Instagram kelab tersebut.
“Memperkenalkan Sharnaaz Ahmad, pemilik kebanggaan Carabat FC.
“Sebagai seorang yang berwawasan, Mamu memiliki visi yang jelas untuk pasukan ini menguasai lawan dalam setiap perlawanan yang mereka hadapi dengan kekuatan dan keberanian,” katanya.
BACA: Kes Konsesi Pasir MBI: SPRM Teliti 20 Projek Dipercayai Mempunyai Unsur Rasuah
Menerusi siaran yang sama, ucapan sulung dari pelakon dan pengacara tersebut turut dimuat naik.
“Sebagai pemilik Carabat FC, saya bercita-cita tinggi dalam memberi impak terhadap dunia bola sepak Malaysia. Penubuhan kelab ini berasaskan semangat berkobar-kobar untuk sukan dan keinginan untuk menyediakan platform bagi membolehkan pemain-pemain yang berbakat menonjolkan kebolehan mereka.
“Kami percaya dengan cara ini kami dapat menghiburkan para peminat, dalam masa yang sama mencipta peluang menerusi kesabaran dan kebijaksanaan,” ujar Sharnaaz.
BACA: “Buatan Malaysia,” YouTuber Kongsi Kisah Datang Ke Malaysia Kerana Xbox
Menurutnya, kelab ini menyasarkan pembentukan identiti tersendiri berdasarkan komitmen mengetengahkan perlawanan yang cantik. Malah, Carabat FC turut menyasarkan untuk pencapaian kejayaan menerusi kerjasama berpasukan dan kemahiran.
Selebriti yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu turut berkata, Carabat FC tekad untuk menaiki tangga kelab bola sepak Malaysia dengan memberi penekanan kepada prestasi dan pembangunan pemain.
“Saya berharap kami dapat mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat, malah muncul dalam Liga Super FAS,” tambahnya.
BACA: Didakwa Ingkar Perintah Bayar Tunggakan Gaji, Bekas Pemilik Kelab Bola Sepak Ditahan
Sumber: Carabat FC