Siakap Keli
Kredit: The Halal Food Blog

Ini Khasiat Mi Tarik Yang Ramai Tak Tahu

Ini Khasiat Mi Tarik Yang Ramai Tak Tahu

Mi tarik adalah sejenis hidangan mi yang cukup terkenal di Asia, khususnya di China.

Tidak dapat dinafikan, ia juga semakin mendapat tempat dalam kalangan pencinta makanan di Malaysia.

Proses penyediaannya cukup ‘unik’, sehinggakan ia sering menjadi tontonan menarik bagi pelanggan di restoran.

‘Tarik’ dalam nama mi ini merujuk kepada teknik menarik dan menguli doh mi dengan tangan sehingga ia menjadi helaian mi yang panjang dan kenyal.

Mi ini yang lazat dan teksturnya yang lembut, biasanya disajikan dalam sup panas yang enak bersama daging, sayuran atau perasa lain.

Menariknya, disebabkan cara penyediaannya menggunakan tangan berbanding mesin, mi tarik yang dianggap ‘homemade’ dipercayai pilihan yang jauh lebih sihat.

Persoalannya, benarkah ia sihat dan bagus untuk berat badan? Untuk menjawab persoalan ini, SK kongsikan penjelasan daripada Hello Doktor.

Mungkin ramai yang menyangka bahawa mi itu sendiri adalah sangat tidak sesuai jika individu ingin mengamalkan diet sihat ekoran ia tinggi dengan kalori, karbohidrat serta lemak.

Seperti mana yang kita semua sudah tahu juga, kalori, karbohidrat dan lemak adalah antara anasir utama individu mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Pun begitu, lain pula halnya jika mi yang anda ambil itu adalah mi tarik kerana ia tinggi manfaat.

Bagi setiap semangkuk hidangan mi tarik, ia mungkin mengandungi nutrien seperti yang berikut:

  • Kalori – 410 kcal
  • Karbohidrat – 37 g
  • Lemak – 20 g
  • Protein – 19 g
  • Sodium – 1270 mg
  • Kolesterol – 55 mg

Menurut angka di atas, kandungan yang ada risiko untuk menggemukkan iaitu kalori, karbohidrat dan lemak di dalam mi ini adalah lebih rendah berbanding dengan jenis mi lain.

Tambahan itu lagi, ia mungkin lebih tinggi dengan protein di mana nutrien ini dapat membantu anda membina dan merangsang otot badan agar ia lebih besar, kuat serta sihat.

Sebenarnya, anda mungkin tidak salah jika punya fikiran bahawa mi itu sendiri adalah pilihan makanan yang kurang bijak dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Namun, mi tarik adalah alternatif yang paling bagus dalam kalangan jenis mi yang lain.

Dalam pada itu, mi tarik ini juga tentu lebih baik berbanding dengan makanan ruji seperti nasi atau pasta.

Bahan utama dalam doh mi tarik sebenarnya tidak banyak dan hanya menggunakan 3 bahan utama iaitu tepung gandum, garam dan air.

Namun, mungkin ada banyak cara penyajian mi ini. Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 3 versi popular mi tarik yang telah lama ada termasuk:

  • Mi tarik goreng: Digoreng bersama kicap, telur, daging dan sayur pilihan.
  • Mi tarik sup: Dicampur ke dalam sup bersama telur, daging dan sayur pilihan.
  • Mi tarik sos: Dicampur ke dalam sos bersama telur, daging dan sayur pilihan.

Walau apa pun versi yang anda minat dan makan, tidak dapat dinafikan bahawa mi ini masih sihat dan sangat sesuai buat mereka yang ada masalah berat badan tidak terkawal.

Semoga bermanfaat.

BACA: Ini 5 Telur Termahal Di Dunia

BACA: Cip Xbox Series X Versi Baharu Dengan Label “Made In Malaysia” Curi Perhatian Netizen

BACA: Guru ‘Non-Muslim’ Ajar Tulisan Jawi, Curi Perhatian Warga Maya

Sumber: Hello Doktor

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.