Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
cip made in malaysia
Gambar: IGN Middle East/Austin Evans

Cip Xbox Series X Versi Baharu Dengan Label “Made In Malaysia” Curi Perhatian Netizen

Hannah

Cip Xbox Series X Versi Baharu Dengan Label “Made In Malaysia” Curi Perhatian Netizen

Tidak dapat dinafikan, Malaysia boleh dikatakan ‘mendunia’ kebelakangan ini apabila perhatian tertumpu kepada negara kita dalam pelbagai aspek.

Sebelumnya, Indonesia mendakwa Malaysia memiliki ‘harta karun’ bernilai susulan perkembangan dalam industri pusat data (data center) dan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Tidak hanya itu, Thailand turut mengakui Malaysia sebagai ‘pesaing yang menakutkan’ susulan mata wang Ringgit yang dilihat kian mengukuh dan terus positif.

Terkini, tular satu gambar memaparkan sebuah cip pemproses yang lebih ‘canggih’ pada konsol permainan video Xbox Series X versi baharu.

“Xbox Series X versi digital baharu ini merupakan peningkatan yang lebih besar daripada apa yang kelihatan pada luarannya.

“Di dalam konsol ini, ia dilengkapi dengan sistem penyejuk haba yang baharu serta pemproses yang lebih kecil berukuran 6nm (nanometer),” tulis Austin Evans menerusi laman X.

Menurut Austin menerusi YouTube, cip pemproses yang lebih kecil ini akan meningkatkan kecekapan prestasi konsol.

“Cip yang lebih kecil memerlukan tenaga yang lebih rendah dan menghasilkan kurang haba, jadi ia tidak memerlukan sistem penyejukan yang besar,” ujarnya.

Namun, apa yang lebih menarik adalah label “Made in Malaysia” yang terpapar jelas pada cip pemproses tersebut.

Perkongsian Austin ternyata berjaya mencuri perhatian warga maya, termasuk netizen Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan kagum mengetahui bahawa Malaysia adalah pengeluar cip bagi konsol permainan video terkemuka dalam dunia gaming itu.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mengatakan bahawa Malaysia telah lama menjadi salah satu pengeksport utama cip berteknologi tinggi di dunia.

BACA: Malaysia ‘Pesaing Yang Menakutkan’ – Thailand

BACA: Indonesia Dakwa Malaysia Ada ‘Harta Karun’ Bernilai

BACA: Lukisan ‘Venom Batik Malaysia’ Ciptaan Pelukis Tempatan Curi Perhatian Netizen

Sumber: Austin Evans (1)(2), Irfan_newboys