Ini 5 Telur Termahal Di Dunia
Telur adalah salah satu makanan ‘biasa’ yang digemari oleh semua orang.
Ia boleh dimasak dalam pelbagai cara dengan cepat dan mudah seperti digoreng atau direbus.
Di Malaysia, hidangan nasi putih panas bersama telur goreng, ditambah pula dengan sedikit sambal, sudah cukup memikat selera.
Boleh dikatakan ‘popular’ kerana harganya jauh lebih murah berbanding kebanyakan makanan lain, telur sering dianggap sebagai ‘penyelamat’ ketika poket tengah ‘kering’.
Jadi, tidak hairanlah jika hampir setiap isi rumah menjadikan telur sebagai bekalan makanan yang ‘wajib’ ada di rumah.
Umum diketahui bahawa telur ayam adalah yang paling biasa dimakan oleh kebanyakan orang.
Selain mudah didapati, ia juga menjadi pilihan utama kerana harganya sangat murah.
Tapi, SK hari ini ingin kongsikan sesuatu yang sedikit ‘berbeza’, iaitu telur termahal di dunia yang dijual dengan harga ‘kayangan’.
5 Telur Paling Mahal Di Dunia
1. Telur Puyuh

Telur puyuh sangat kecil dan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus, dibuat telur hancur atau dijadikan sambal.
Sekitar RM20 untuk satu dozen, telur puyuh mengandungi kandungan zat besi yang tinggi dan rasanya hampir serupa dengan telur ayam.
Menariknya, ia mudah dan cepat dimasak, menjadikannya pilihan yang mudah untuk hidangan harian.
2. Telur Itik

Telur itik lebih mahal dan lebih enak daripada telur ayam biasa.
Sebiji telur itik lebih besar dan harganya sekitar RM55 untuk satu dozen.
Telur itik sering dijual di pasar tani dan terkenal dengan kandungan nutrien serta protein yang lebih tinggi berbanding telur ayam.
Secara keseluruhannya, walaupun harganya mungkin lebih mahal, nutrisi dan rasa unik telur ini menjadikannya berbaloi untuk dicuba.
3. Telur Ayam Belanda

Telur ayam belanda jarang dijual secara komersial kerana ayam belanda mengambil masa yang lama untuk bertelur.
Apabila ia bertelur, hanya beberapa biji sahaja yang dihasilkan dalam seminggu.
Walaupun rasanya hampir sama dengan telur ayam, telur ayam belanda mengandungi lebih banyak nutrien.
Sesiapa yang ingin merasainya kena bersedia untuk membayar sekitar RM165 untuk satu dozen.
4. Telur Burung Camar

Telur burung camar adalah makanan istimewa dari Britain yang sangat sukar didapati dan mempunyai permintaan yang tinggi.
Telur ini hanya tersedia selama empat minggu dalam setahun, menjadikannya satu hidangan yang sangat mahal.
Telur ini paling sedap dimakan apabila direbus, dan ia kaya dengan rasa yang unik.
Harga bagi sebiji telur burung camar boleh mencecah sehingga RM45, menjadikannya salah satu telur termahal di pasaran.
5. Telur Burung Emu

Telur burung emu sebenarnya boleh dimakan. Saiznya sangat besar, di mana sebiji telur burung emu adalah bersamaan dengan 12 hingga 15 biji telur ayam.
Telur ini sering dijadikan omelet dan satu omelet daripada telur burung emu boleh mengenyangkan ramai orang.
Telur burung emu bukan sahaja unik dari segi rasa, malah ‘rupanya’ juga berbeza daripada telur yang lain.
Harganya boleh mencecah hingga RM110 untuk sebiji telur.
BACA: Ini 6 Jenama Air Mineral Terbaik Di Malaysia
BACA: Kuala Lumpur Dipilih Bandar Ke-7 ‘Port’ Makan Terbaik Dunia
BACA: Termahal Di Dunia, Setitik Cecair Haiwan Berbisa Ini Bernilai Lebih Daripada Sebutir Berlian
Sumber: Times of India