Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
cecair termahal di dunia
Gambar Hiasan

Termahal Di Dunia, Setitik Cecair Haiwan Berbisa Ini Bernilai Lebih Daripada Sebutir Berlian

Hannah

Termahal Di Dunia, Setitik Cecair Haiwan Berbisa Ini Bernilai Lebih Daripada Sebutir Berlian

Bayangkan sejenis cecair ini begitu berharga sehingga setitik kecil sahaja boleh bernilai lebih daripada sebutir berlian.

Cecair tersebut datangnya daripada bisa sejenis haiwan bahaya yang boleh membunuh, iaitu kala jengking (scorpion).

Bisa kala jengking adalah cecair termahal di dunia, dengan harga yang melambung tinggi hingga berjuta-juta dolar bagi hanya satu gelen.

Racun dari spesies tertentu ini, dikenali sebagai Deathstalker, jauh lebih berharga daripada minyak atau dakwat pencetak yang mahal.

Sumber: UNILAD

Persoalannya, mengapakah ia begitu berharga?

Kala jengking, makhluk kecil yang sering kali ditakuti, membawa bisa di ekor mereka yang digunakan untuk pertahanan diri dan memburu mangsa.

Proses pengambilan bisa kala jengking pula adalah satu tugas yang teliti berbahaya.

Pakar perlu ‘memerah’ bisa dari kala jengking dengan berhati-hati. Ini termasuk proses melibatkan rangsangan yang membuatkan haiwan tersebut melepaskan bisa mereka, yang kemudiannya dikumpul setitik demi setitik.

Sumber: UNILAD

Untuk mengumpul satu gelen bisa kala jengking bernilai USD 39 juta (RM173,394,000), kira-kira 2.64 juta ekor kala jengking atau satu kala jengking yang boleh mengeluarkan bisa sebanyak 2.64 juta titik diperlukan.

Namun, nilai bisa kala jengking bukan sahaja terletak pada bahaya dan kesukaran pengambilannya.

Kala jengking Deathstalker yang terdapat di kawasan padang pasir dan belukar di Afrika Utara dan Timur Tengah, menghasilkan racun yang sangat berbahaya.

Sengatan kala jengking walaupun sangat menyakitkan, jarang membawa maut. Umumnya, ia tidak mengancam nyawa, tetapi golongan kanak-kanak dan warga emas lebih berisiko terkesan.

Apa yang menjadikan racun Deathstalker sangat bernilai adalah kandungan sejenis peptida yang dikenali sebagai klorotoksin.

Peptida ini berpotensi digunakan dalam pelbagai penemuan perubatan, termasuk rawatan beberapa jenis kanser dan penyakit lain.

Klorotoksin telah digunakan untuk mengenal pasti saiz dan lokasi tumor kanser, dan eksperimen menunjukkan ia mampu menghapuskan malaria pada nyamuk, dengan harapan hasil yang serupa boleh dicapai pada manusia.

Proses untuk menukar bisa menjadi ubat adalah rumit dan melibatkan pengenalpastian dan pengasingan komponen aktif, memahami mekanisme tindakannya dan kemudian mensintesisnya dalam bentuk yang sesuai untuk kegunaan perubatan.

Walaupun cabarannya besar, manfaat kesihatan yang berpotensi mendorong saintis dan syarikat farmaseutikal untuk melabur dalam penyelidikan ini.

BACA: Berhenti Kerja Untuk Jadi “Badut”, Acik Amat Clown Syukur Pendapatan Kini Cukup ‘Lumayan’

BACA: Kenali Abdul Qayyum Halid, Sosok Sebalik ‘Che Sayang Kitchen’ Pemenang Creator Of The Year 2024

BACA: Tasik Kering, Perkuburan Lama Berusia Lebih 100 Tahun Muncul Kembali

Sumber: Medium, UNILAD