Siakap Keli
abdul qayyum halid
Kredit: BERNAMA

Kenali Abdul Qayyum Halid, Sosok Sebalik ‘Che Sayang Kitchen’ Pemenang Creator Of The Year 2024

Kenali Abdul Qayyum Halid, Sosok Sebalik ‘Che Sayang Kitchen’ Pemenang Creator Of The Year 2024

Dalam dunia media sosial yang semakin berkembang, TikTok telah menjadi platform penting bagi pelbagai jenis kandungan, termasuk yang bermanfaat dan mendidik.

Baru-baru ini, TikTok Awards Malaysia 2024 telah diadakan dengan penuh gemilang di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Disiarkan secara langsung di TV3, acara tersebut menyaksikan Che Sayang Kitchen memenangi anugerah Creator of the Year 2024.

Anugerah tersebut disampaikan oleh pemenang kategori Creator of the Year 2023 yang juga pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Untuk info, Che Sayang Kitchen berjaya menewaskan Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra yang dicalonkan bagi kategori sama.

Persoalannya, siapakah sebenarnya sosok di sebalik Che Sayang Kitchen yang terkenal dengan siri video masakan “2 Minit 1 Resepi” itu?

Abdul Qayyum Halid, yang lebih mesra dikenali dengan nama Che Sayang sebenarnya adalah alumni Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Beliau mula dikenali apabila bergiat aktif dalam berkongsi video-video TikTok bertemakan masakan.

Sebenarnya, beliau mula berniaga sambilan pada tahun 2013, dan pada ketika itu jugalah beliau mengambil ujian bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada tahun 2014, beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

Atas nasihat bapa tercinta, beliau akhirnya berhenti berniaga sambilan dan meneroka bidang ilmu di UTP.

Sewaktu di universiti, pemuda berusia 28 tahun ini sudah mula mencuba pelbagai jenis perniagaan.

Antara perniagaan yang pernah dijalankan termasuklah menjual roti RM1 pada tahun 2015, perniagaan KamiDelivery pada tahun 2016, dan perniagaan Solvypro pada tahun 2017.

Malangnya, kesemua perniagaan tersebut menemui jalan buntu.

Pada tahun 2018, beliau bergraduasi dengan ijazah kelas pertama, dan turut mendapat Anugerah Pelajar Terbaik dan menerima Anugerah Canselor Emas.

Setelah menamatkan pengajian, beliau akhirnya memulakan kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas pada tahun 2019.

Namun, minatnya dalam bidang perniagaan tidak pernah pudar.

Pada tahun 2020, beliau sekali lagi mencuba nasib dalam perniagaan bersama adik-adiknya dengan menjalankan perniagaan Choco Flakes.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan perniagaan ketika itu berjaya walau terpaksa menggunakan kesemua wang simpanannya.

Pada tahun 2023 pula, beliau bersama keluarga mengasaskan perniagaan acar ikan masin Che Sayang.

Namun, malangnya, sekali lagi kedua-dua perniagaan tersebut menemui kegagalan.

Meskipun begitu, Abdul Qayyum tidak menganggap kesemua kegagalan itu sebagai noktah akhir baginya.

Pada 2 Mac 2023, beliau memulakan perjalanan baharu dengan memuat naik video masakan pertamanya di TikTok melalui akaun Che Sayang Kitchen.

Pada awalnya, video tersebut tidak bertujuan untuk berniaga, tetapi untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Tidak disangka-sangka, akaun tersebut semakin dikenali dan kini mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut (followers).

@nadmasrom

Latar belakang Creator of the Year 2024 @TikTok Malaysia Siapakan Abdul Qayyum Halid? Abdul Qayyum Halid, merupakan alumni Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Beliau dikenali dengan video-video tiktok bertemakan masakan. Beliau bermula dengan berniaga sambilan pada tahun 2013 dan tahun yang sama juga beliau mengambil SPM. Tahun 2014 beliau mendapat tawaran universiti dan atas nasihat ayah beliau berhenti berniaga secara sambilan dan menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas. Sewaktu belajar di universiti, beliau mencuba pelbagai jenis perniagaan. Tahun 2015 beliau berniaga bersama kawan-kawan menjual roti RM1 tetapi gagal. Tahun 2016 beliau melakukan perniagaan KamiDelivery tapi turut gagal. Tahun 2017 beliau menjalankan perniagaan Solvypro, walaupun nampak macam berjaya tapi perniagaan berasaskan teknologi ini turut mengalami fasa kegagalan juga. Tahun 2018, beliau bergraduasi dengan ijazah kelas pertama. Mendapat Anugerah Pelajar Terbaik dan penerima Anugerah Canselor Emas. Baca ini wahai anak-anak muda. Tahun 2019 beliau memulakan kerjaya sebagai jurutera di syarikat oil & gas. Banyak yang beliau pelajari dari pengalaman bekerja bersama syarikat korporat di dalam dan luar negara. Tahun 2020 beliau tidak berputus asa menjalankan perniagaan beliau yang ke-5 iaitu Choco Flakes. Beliau banyak R&D sendiri dan menjalankan perniagaan bersama adik-beradik menggunakan kesemua duit simpanan. Tapi GAGAL! Tahun 2023 beliau bersama keluarga mengasaskan acar ikan masin Che Sayang. Production semua ok, cash flow semua ok tapi tak berjaya juga. 2 Mac 2023 beliau start semula dari kosong, beliau upload video masak yang pertama. Masa tu bukan target untuk berniaga lagi. Tapi untuk beri manfaat kepada orang lain. Dan dari situ @Che Sayang Kitchen mula berkembang. Dan kini sudah mempunyai 2 juta pengikut di Tiktok. Dari seorang jurutera data yang telah beralih kerjaya kepada seorang pempengaruh media sosial yang terkenal. Tahniah, Che Sayang Kitchen, atas pencapaian yang luar biasa ini! Terima kasih tiktok sebab masih lagi mengangkat mereka yang boleh dijadikan contoh tentang pentingnya jadi content creator BERPENDIDIKAN! Pemilihan Abdul Qayyum Halid mengajar kita, tiada satu usaha pun yang sia-sia walaupun mungkin gagal berkali-kali. Tahun depan siapa agaknya bakal memegang takhta Creator of The Year 2025? Cuba tag nama mereka di bawah. Nad Masrom Kaunselor Laktasi Conteng Creator Penyusuan 😆 (nak juga) #tiktokaward2024 #TikTokAwardsMY2024 #nadbreastfeedinginfo #numom #learnontiktok #shouldbeme

♬ rasa ini vierra piano – Lyn 🤍

Begitu ramai individu terutamanya generasi muda kini bercita-cita untuk menjadi content creator.

Namun, ada antara mereka yang mula berpegang kepada pemikiran yang salah seperti “pendidikan tidak penting” atau “bad marketing is good marketing”.

Pemikiran ini amat merbahaya dan boleh merosakkan minda generasi muda.

Penting untuk kita menyedari bahawa pendidikan dan ilmu pengetahuan tetap memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia ini.

Tidak sedikit content creator yang berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk tekanan untuk menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menarik, tapi juga bermanfaat.

Memang benar bahawa ada yang beranggapan bahawa platform seperti TikTok hanyalah hiburan semata-mata.

Tapi, tidak dapat dinafikan bahawa ia telah menjadi medium utama dalam penyampaian maklumat, termasuk dalam bidang agama.

Justeru, content creator sebenarnya memiliki tanggungjawab besar menerapkan nilai-nilai positif dalam setiap kandungan yang mereka hasilkan.

BACA: Berhenti Kerja Untuk Jadi “Badut”, Acik Amat Clown Syukur Pendapatan Kini Cukup ‘Lumayan’

BACA: Bapa Kongsi Perkembangan Positif Ainul Mardhiah, Bayi Tular Derita Kanser Mulut Suatu Ketika Dulu

BACA: Terkilan Gagal Bawa Pulang Pingat, Shah Firdaus Tidak Dapat Menahan Sebak

Sumber: Nad Masrom via TikTok

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.