Ini 6 Jenama Air Mineral Terbaik Di Malaysia
Secara umumnya, setiap air yang kita minum mungkin kelihatan serupa, dan sering kali dirujuk sebagai air kosong atau air putih.
Tanpanya, tubuh badan kita tidak mungkin akan dapat berfungsi pada kadar yang optimum.
Tidak dapat dinafikan, kebanyakan manusia di seluruh dunia, lebih memerlukan air mineral kerana ia memberikan lebih banyak manfaat kesihatan berbanding air minuman biasa.
Malaysia sendiri mempunyai pelbagai jenama air mineral yang mudah didapati di pasaran, masing-masing menawarkan kandungan mineral yang berbeza serta harga yang berpatutan.
Justeru, SK hari ini akan berkongsi enam jenama air mineral terbaik di Malaysia, menurut Hello Doktor.
1. Spritzer Natural Mineral Water
Pertama, air mineral daripada syarikat gergasi Spritzer yang telah berkhidmat sebagai pembekal paling popular semenjak tahun 1989, serta masih lagi kekal relevan sehingga ke hari ini.
Apa yang lebih menarik, produk semula jadi ini bukan setakat sarat dengan mineral malah turut dipaketkan dengan sangat baik berpandukan kepada standard antarabangsa yang ditetapkan.
Tidak cukup dengan itu, produk pemenang 3 bintang emas Superior Taste Award from The International Taste and Quality Institute (iTQi) juga kaya dengan silika yang bagus untuk kulit!
Oleh itu, ia air mineral yang bagus untuk wajah.
2. Spritzer Sparkling Mineral Water
Masih dari jenama air mineral terbaik di Malaysia, Spritzer juga telah mengeluarkan variasi lain iaitu sparkling yang merupakan kembar tidak seiras dengan produk di atas tetapi berkarbonat.
Anda tidak perlu risau kerana proses pembuatannya bebas gula tambahan, bahan perasa dan pewarna. Ini sekali gus menjadikan produk serba semula jadi ini sihat dan selamat untuk digunakan.
Terus daripada hutan hujan di Taiping, Perak, kedua-dua air mineral keluaran syarikat gergasi ini juga dijamin halal untuk diminum oleh majoriti masyarakat kita dengan rasa menyegarkan!
3. Bleu
Senarai air mineral terbaik di Malaysia mungkin tidak lengkap tanpa jenama yang popular dengan warna biru ini!
Merupakan antara pembekal air bawah tanah dengan kualiti premium dan popular di mata dunia, produk ini sangat diyakini dan telah diakui oleh Asia Middle East Bottle Water Association (ABWA).
Manakala di negara kita pula, air mineral Bleu yang serba biru ini turut disahkan halal, sihat dan selamat oleh ramai pihak dan organisasi terpenting termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
4. Ice Mountain Mineral Water
Keempat, syarikat pengeluar air gergasi Fraser & Neave (F&N) juga telah lama mengeluarkan versi air mineral mereka sendiri yang menggunakan nama Ice Mountain dan amat popular di negara kita.
Antara poin jualan paling utama produk ini adalah ia benar tulen semula jadi. Bersumberkan air dari lembah terdalam, produk ini turut diperkaya dengan pelbagai jenis mineral yang juga secara alami.
Di akhir proses pembuatan, ia juga telah melalui proses penapisan terbaik agar ia bersih, sihat dan selamat diminum.
5. Dasani Mineral Water PET
Kelima, ada satu lagi air mineral keluaran syarikat pengeluar air gergasi lain iaitu Coca-Cola yang sebenarnya mungkin lebih sinonim dengan identiti minuman berkarbonat paling popular di Malaysia.
Namun, air mineral Dasani tidak kurang hebat dengan kandungan mineral yang tinggi selain proses penapisan air yang menggunakan teknik osmosis berbalik untuk menyucikan ia daripada bendasing.
Apa yang mungkin mengejutkan, ia juga mempunyai rasa yang lebih segar dan sedap berbanding jenama-jenama lain.
6. Evian Natural Mineral Water
Jika ditanyakan pada rakyat negara kita, mungkin ramai yang kata jenama air mineral terbaik di Malaysia adalah air mineral Evian.
Meskipun pembuatannya bukan berasal dari negara kita, namun jenama yang dipanggil ‘kayangan’ ini cukup popular dalam kalangan masyarakat kita. Ia bersumberkan air daripada French Alps dan memang benar semula jadi.
Bukan itu sahaja, jenama ini turut berhempas pulas selama lebih 25 tahun untuk memberi kesedaran kepada generasi akan datang berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar supaya ia sentiasa kekal terjaga.
Jadi, setiap botol air mineral mereka boleh dikitar semula sama seperti kebanyakan jenama lain. Menariknya, Evian menerapkan tahun 2025 untuk jenama mereka menggunakan 100% bahan mesra alam!
Semoga bermanfaat.
BACA: Rupa-Rupanya Ini Beras Termahal & Terbaik Di Dunia
BACA: Dapat Markah 82% Dalam Exam, Gelagat Umar Minta Mama ‘Bersyukur’ Cuit Hati Ramai
BACA: Ambil Pil Perancang Hampir 2 Tahun, Wanita Tak Sangka Pergi Hospital Rupanya Nak Bersalin
Sumber: Hello Doktor