Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
letupan lori tangki 100 maut
Sumber: X

Lebih 100 Maut Dalam Letupan Lori Tangki Minyak 

Hannah

Lebih 100 Maut Dalam Letupan Lori Tangki Minyak

ABUJA, 17 Okt (Bernama-Xinhua) — Angka kematian akibat letupan lori tangki minyak di negeri utara Nigeria, Jigawa, awal minggu ini melebihi 100 orang, kata jurucakap Presiden Nigeria Bola Tinubu, Rabu.

Kenyataan yang dikeluarkan pada petang Rabu oleh Bayo Onanuga, jurucakap kanan presiden, bagi pihak Tinubu, menyifatkan kebakaran malam di Majiya, sebuah bandar di kawasan kerajaan tempatan Taura, Jigawa pada lewat Selasa sebagai “kebinasaan”.

Menurut kenyataan itu, pemimpin Nigeria mengarahkan delegasi pegawai kanan untuk menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa, menilai keadaan di lokasi kejadian dan melawat puluhan individu yang cedera di hospital.

Beliau juga mengarahkan bantuan kecemasan, termasuk bekalan perubatan, makanan dan tempat tinggal, diberikan kepada mangsa yang sedang menerima rawatan serta mereka yang terjejas akibat kebakaran tangki minyak itu.

Sambil meyakinkan rakyat mengenai komitmen kerajaan untuk segera dan menyeluruh mengkaji semula protokol keselamatan pengangkutan minyak di seluruh negara, Tinubu turut mengarahkan pihak polis keselamatan jalan raya untuk mempertingkatkan langkah keselamatan perjalanan malam, seperti rondaan yang lebih kerap, penguatkuasaan peraturan keselamatan yang lebih ketat dan mekanisme keselamatan jalan raya lain bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Terdahulu, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 90 orang terkorban dan 50 lagi cedera susulan letupan itu.

Mangsa kebanyakannya adalah individu yang bergegas ke tempat kejadian untuk mengumpulkan minyak setelah lori tangki minyak itu hilang kawalan dan terbalik, menurut jurucakap polis kepada Xinhua.

Upacara pengebumian besar-besaran bagi mangsa diadakan pagi Rabu, kata Shi’isu Lawan Adam, jurucakap polis di Jigawa.

BACA: Warga Emas Tunggang Basikal Elektrik Maut Kemalangan

BACA: Bekas Ahli Kumpulan One Direction, Liam Payne Meninggal Dunia

BACA: Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Kolam Takungan

Sumber: BERNAMA