Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Kredit: AFP

Bekas Ahli Kumpulan One Direction, Liam Payne Meninggal Dunia

Azizah Najib

Bekas Ahli Kumpulan One Direction, Liam Payne Meninggal Dunia

Bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires pada Rabu, lapor AFP.

Kematian tersebut diumumkan oleh pihak polis.

“Liam James Payne, komposer dan pemain gitar yang juga bekas ahli kumpulan One Direction, meninggal dunia hari ini akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel,” katanya.

Menerusi kenyataan yang sama, pihak polis berkata mereka menerima satu panggilan berkenaan laporan seorang lelaki yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol bertindak agresif.

BACA: Bekas Penyampai Radio, Kieranto Marcello Disahkan Hidap Kanser

Menurut pegawai perubatan, penyanyi berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan yang serius impak daripada terjatuh itu.

“Mangsa mengalami cedera parah akibat terjatuh, tidak ada kemungkinan untuk resusitasi,” jelasnya.

Ujarnya, pasukan kecemasan telah dikejarkan ke tempat kejadian apabila menerima panggilan kecemasan pada jam 5.04 petang waktu tempatan. Mereka tiba tujuh minit kemudian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Payne mengalami keretakan di bahagian belakang tengkoraknya akibat terjatuh dari ketinggian kira-kira 13 hingga 14 meter itu.

BACA: Paip Pecah Punca Bas Sekolah ‘Sangkut’ Masuk ‘Sinkhole’

Berita duka itu turut mendapat perhatian bintang realiti dan ahli perniagaan, Paris Hilton yang menyampaikan takziah menerusi laman media sosial miliknya.

“Sedih mendengar berita pemergian @LiamPayne. Salam sayang dan takziah dititipkan buat ahli keluarga dan insan kesayangannya. RIP my friend,” ucapnya.

Dalam kerjaya seninya, Payne bersama Niall Horan, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Zayn Malik mula dikenali pada 2010 apabila kumpulan One Direction muncul dalam pertandingan rancangan realiti TV British, “The X Factor”.

Sebelum itu, Payne pernah muncul dalam rancangan tersebut ketika berusia 14 tahun namun tidak berjaya ke peringkat seterusnya. Pada 2010, Payne sekali lagi akur dengan keputusan juri apabila sekali lagi gagal mara. Ketika itu, dia membawa lagu Cry Me A River versi Michael Bublé’, lapor AS.

BACA: Lelaki Selamat, Dua Ahli Keluarga Maut Selepas Dua Bulan Hanyut Tengah Laut

Biarpun begitu, semangatnya tidak luntur. Payne kembali menyertai The X Factor bersama kumpulan One Direction. Mereka berjaya mendapat tempat ketiga dalam siri ketujuh rancangan berkenaan.

Kumpulan tersebut berjaya melahirkan lima album dengan beberapa single hit. Antara single terkenal mereka ialah What Makes You Beautiful, Live While We’re Young, Best Song Ever, Story of My Life dan Drag Me Down.

Sumber: AFP, AS