Siakap Keli
tempat duduk tandas u
Kredit: American Standard

Bukan Saja-saja Reka, Ini Alasan Ada Tempat Duduk Tandas Berbentuk ‘U’

Bukan Saja-saja Reka, Ini Alasan Ada Tempat Duduk Tandas Berbentuk ‘U’

Seorang manusia secara purata membuang air kecil antara tujuh hingga lapan kali sehari.

Kekerapan membuang air kecil, selain air besar ini, menjadikan tandas adalah satu keperluan yang sangat mustahak.

Maka tak hairanlah di kawasan tumpuan ramai, seperti pusat beli-belah, puluhan tandas disediakan di setiap aras.

Dalam pada itu, ketika menggunakan tandas, pernah atau tidak anda terfikir mengapa sesetengah pelapik tempat duduk pada mangkuk tandas mempunyai ruang terbuka di bahagian depannya?

Ramai daripada kita berpendapat ruang terbuka berbentuk U itu hanya sekadar rekaan semata-mata, tanpa memenuhi apa-apa keperluan.

Ternyata silap jika itu telahan anda kerana rekaan terbuka berkenaan ada alasannya tersendiri.

Begini, semasa seseorang sedang membuang air besar, biasanya mereka turut cenderung untuk membuang air kecil sekali.

Kenapa ada tempat duduk tandas berbentuk U?

Ketika itu, air kencing mungkin tersimbah dan mengenai bahagian depan tempat duduk pada mangkuk tandas.

Namun begitu, pengguna rata-ratanya jarang membersihkan kembali tempat duduk berkenaan selepas selesai menggunakan tandas.

Menurut Daily Mail, disini pentingnya rekaan ruang terbuka berbentuk U berkenaan.

Ia dicipta untuk mengelak tangan pengguna tersentuh kotoran sendiri dan mencegah kuman atau sisa buangan yang terpercik pada bahagian itu tersebar kepada tangan pengguna seterusnya.

Ringkasnya, bentuk U itu dapat meminimumkan risiko tangan pengguna daripada tersentuh bahagian pelapik itu ketika membersihkan diri.

Lebih mudah dan pantas untuk dibersihkan

Rekaan terbuka dan tempat duduk yang panjang ini sebenarnya memberi manfaat kepada kedua-dua pengguna lelaki dan wanita.

Sekiranya tandas menggunakan bidet closet, rekaan terbuka itu memudahkan pengguna untuk membersihkan atau mengeringkan bahagian intim masing-masing dengan tisu.

Selain itu, ia juga direka supaya tempat duduk tandas dapat dicuci dengan lebih pantas dan mudah oleh pekerja pembersihan.

Malah, ada juga pendapat yang mengatakan rekaan U berkenaan dapat menjimatkan kos operasi membersihkan tandas.

BACA: Lebih 100 Orang Dah Jadi Jutawan, Ini Cara Mereka Buat Untuk Menang RM1 Juta BSN SSP

BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN

Sumber: Dailymail UK

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.