Siakap Keli
Kredit: D Eliza Catering

Resipi Sambal Jawa Putih, Makan Dengan Nasi Pasti Menambah

Resipi Sambal Jawa Putih, Makan Dengan Nasi Pasti Menambah

Biasanya, bila sebut sambal, kita bayang hidangan yang berwarna merah dan pedas. Ada juga yang warna hitam atau hijau. Ikut kepada cara dan bahan masakan yang digunakan. Jarang sekali kita dapat lihat sambal, yang asasnya menggunakan cili, berwarna putih.

Aneh kan? Baru-baru ni min terjumpa satu menu orang Jawa, dipanggil Sambal Jawa Putih. Memang warna hidangan ni putih, sebab kuah dia berasaskan santan. Bila masuk mulut, pedas ya. Terkejut juga deria rasa min. Maklumlah, pertama kali jumpa. Tapi menambah juga walaupun pedas.

Balik rumah, terngiang-ngiang lagi rasa yang melekat dekat tekak min. Jadi min pun cari resipi macam mana nak masak lauk yang satu ni.

Hari ni min nak kongsi resipi yang min dah jumpa ni dengan anda. Jom kita tengok macam mana D Eliza Catering masak hidangan ni. Cuma dalam resipi ni tak ada sukatan, jadi anda boleh cuba ikut tekak masing-masing. Kalau nak lebih pedas, lebihkan cili. Macam tu lah.

BACA: Sedap Buat Hidangan Minum Petang, Ini Resipi Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahan yang diperlukan

Macam biasa, kalau nak menumis ni korang perlukan minyak masak dan bila nak bagi pedas, kena ada cili kering. Lepas tu, sediakan bawang besar. Bawang besar bahagi untuk dua kegunaan, satu bahagian dihiris, satu bahagian lagi untuk dikisar dengan bawang putih. Sediakan juga air asam jawa dan santan.

Untuk isi resipi ni, anda perlukan hati, pedal, kacang panjang, tauhu, kentang, tempe dan suhun.

Sebagai perasa pula, sediakan sedikit garam, gula dan MSG.

Sebelum mula memasak, min sarankan anda pakai kuali bersaiz besar walaupun nak masak untuk kuantiti yang sikit. Awal memang nampak macam sikit, bila dah campur masuk semua bahan, bertimbun semua dalam kuali.

Dah titip pesan, jom mula memasak.

BACA: Sedap Makan Musim Hujan, Ini Resipi Sup Ayam Bungkus Wajib Cuba

Cara masak sambal jawa putih

1. Panaskan minyak.

Kalau nak masak banyak, guna dalam dua senduk minyak pun boleh. Macam min, berdua je jadi min masak sikit. Minyak pun min guna sikit je.

2. Tumis cili kering bersama bawang besar.

Hiris dulu bawang besar. Cili kering tu boleh gunting dulu bagi pendek-pendek. Panjang sangat nanti nak kacau pun susah.

sambal jawa putih
D Eliza Catering

3. Masuk bawang putih yang sudah dikisar dengan bawang besar. Tumis seketika sehingga naik bau.

4. Tambah hati dan pedal yang sudah direbus terlebih dahulu. Kacau sebati.

Resipi sambal jawa putih ni memang sesuai untuk peminat hati dan pedal, tapi kalau anda nak gantikan dengan isi ayam pun tak ada masalah.

Kredit: D Eliza Catering

5. Masuk air asam jawa dan santan. Kacau lagi sehingga nampak bahan-bahan tadi dah mesra.

6. Tambah garam, perasa MSG dan sedikit gula. Gaul hingga kuah mendidih.

Dalam resipi yang min jumpa ni pakai MSG, tapi bab memasak ni, tak ada masalah nak ganti guna penambah rasa yang lain.

BACA: Kecur Air Liur, Ini Resipi Mi Kari Chinese Style

resipi sambal jawa putih
D Eliza Catering

7. Campur kacang panjang yang sudah dipotong pendek-pendek. Ikut keselesaan masing-masing nak pendek mana asalkan bila suap tak tercekik. Kacau sehingga kacang panjang menjadi layu. Kalau ikutkan pesanan Eliza, proses ni ambil masa juga untuk tunggu kacang panjang layu.

8. Masuk tauhu, kentang dan tempe yang sudah digoreng. Gaul lagi.

D Eliza Catering

9. Masukkan suhun yang sudah digoreng, gaul sebati.

Dah siap. Resipi ni bukan saja sedap dimakan bersama nasi putih, ratah macam tu saja pun kenyang. Boleh la buat jadi menu diet bagi siapa yang nak kurangkan portion nasi.

Selamat mencuba.

https://www.facebook.com/watch/?v=1671589626740956&rdid=uRPuzAsO2GsnmLpr

Sumber: D Eliza Catering

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.