Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JPJ Buka Tawaran NPI Siri ‘MADANI’ Hingga 23 Oktober Ini

Iqbal Yasir
JPJ NPI madani
Gambar: JPJ

JPJ Buka Tawaran NPI Siri ‘MADANI’ Hingga 23 Oktober Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meluncurkan pengenalan nombor pendaftaran istimewa (NPI) di bawah Siri MADANI.

Dalam satu hantaran di Facebook, pelancaran NPI itu merupakan inisiatif kerajaan dalam menyokong agenda MADANI Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah.

“Pengenalan NPI Siri MADANI ini secara tidak langsung mempromosikan nilai madani yang menjadi cerminan jiwa dan aspirasi negara dalam setiap langkah kehidupan kita,” maklum kenyataan tersebut.

Bidaan serendah RM100

Difahamkan, NPI Siri MADANI turut menawarkan harga bidaan minimum bermula RM100.00 dalam usaha Kerajaan kepada rakyat sebagai satu simbolik dan sentimen untuk sama-sama memiliki dan menggunakan nombor pendaftaran ini pada kenderaan masing-masing.

“NPI Siri MADANI ini juga merupakan salah satu langkah untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, subsidi FlySISWA, Pembayaran PERKESO kepada pemandu teksi dan pelbagai inisiatif yang lain kepada rakyat Malaysia,” kata JPJ lagi.

Menurut JPJ, orang ramai boleh membuat bidaan NPI itu melalui Sistem JPJeBid selama lima hari bermula 19 Oktober (semalam) hingga jam 10 malam 23 Oktober 2024.

Tarikh keputusan bidaan itu akan diumumkan pada 24 Oktober 2024 (Khamis). Sebarang info mengenai bidaan, boleh layari di https://jpjebid.jpj.gov.my.

https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/photos/nombor-pendaftaran-istimewa-npi-siri-madaninpi-siri-madani-merupakan-inisiatif-k/939345748221835/?_rdr

Sumber: Jabatan Pengangkutan Malaysia (JPJ)

BACA: Pemandu Maut, Penumpang Cedera Kereta Terbakar Di NPE

BACA: Messi Bawa Inter Miami Layak Ke Piala Dunia Kelab 2025