Siakap Keli
Inter Miami Piala Dunia Kelab
Gambar: AFP

Messi Bawa Inter Miami Layak Ke Piala Dunia Kelab 2025

Messi Bawa Inter Miami Layak Ke Piala Dunia Kelab 2025

Kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, Inter Miami secara rasmi akan bertanding dalam Piala Dunia Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2025, lapor AFP.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden FIFA Gianni Infantino dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bintang Argentina, Lionel Messi adalah salah satu tonggak penting kelab dalam membawa Inter Miami memenangi Perisai Penyokong MLS pertama bulan ini sekaligus meraih slot kelayakan ke kejohanan itu.

“Tahniah, Inter Miami layak sebagai wakil negara tuan rumah, berdasarkan 34 perlawanan yang cemerlang dan konsisten sepanjang musim termasuk memenangi kejuaraan liga meskipun berbaki dua perlawanan MLS untuk dimainkan,” maklum Gianni.

Pengumuman slot itu dibuat sejurus pasukan itu berjaya memecahkan rekod mata musim tertinggi MLS dengan kemenangan 6-2 ke atas Revolusi New England di Stadium Inter Chase.

Inter Miami kini mengumpul 74 mata berbanding rekod 71 mata yang diciptakan oleh New England.

Piala Dunia Kelab FIFA 2025

Untuk Piala Dunia Kelab FIFA 2025, Amerika Syarikat merupakan tuan rumah buat kali edisi kali ini.

Kejohanan yang terdiri daripada 32 pasukan itu akan menampilkan pasukan pemenang gelaran daripada setiap konfederasi benua FIFA.

Real Madrid, Manchester City dan Bayern Munich adalah antara 12 pasukan Eropah yang layak ke kejohanan itu. Manakala River Plate Argentina dan Boca Juniors dan Flamengo Brazil adalah antara enam pasukan dari Amerika Selatan.

Messi sertai kelab Amerika Syarikat

Terdahulu, Lionel Messi sah sertai kelab dari Amerika Syarikat, Inter Miami pada Jun 2023.

Difahamkan, perpindahan pemain berusia 36 tahun itu adalah termasuk kerjasama daripada jenama seperti Adidas dan Apple.

Pemindahan ke liga Amerika itu bakal menjadi sejarah buatnya kerana bermain kali pertama di luar Eropah.

Menurut Messi, dia menjelaskan bahawa ingin kekal semusim lagi bersama PSG namun tiada lanjutan kontrak diterima. Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk memilih Inter Miami sebagai destinasi seterusnya.

Sumber: AFP via Barrons

BACA: Pemandu Maut, Penumpang Cedera Kereta Terbakar Di NPE

BACA: Mayat Lima Mangsa Bot Regata Karam Ditemukan Pagi Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.