Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Mayat Lima Bot Regata Karam
Gambar: JBPM Sarawak

Mayat Lima Mangsa Bot Regata Karam Ditemukan Pagi Ini

Iqbal Yasir

Mayat Lima Mangsa Bot Regata Karam Ditemukan Pagi Ini

KUCHING, 20 Okt (Bernama) — Mayat kelima-lima mangsa yang terlibat dalam insiden bot regata karam semasa sesi latihan di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa pada Jumaat lepas telah ditemukan pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan bahawa kesemua mangsa ditemukan secara berperingkat antara pukul 6.16 pagi hingga 7.09 pagi tadi.

“Kelima-lima mangsa telah dijumpai dan kini menunggu pengesahan daripada pihak polis serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Dua mangsa ditemukan pada pukul 6.16 pagi, satu lagi pada 6.40 pagi, Sarawak Coastguard menemui seorang lagi pada 7.07 pagi, manakala mangsa terakhir ditemukan pada 7.09 pagi dengan bantuan dron,” katanya.

Mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut dikenali sebagai Mohamad Ikhmal Sama’ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23; dan Mohamad Khairul Bidin, 26.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan dalam sidang media penamatan operasi SAR bahawa kesemua mayat yang ditemukan adalah individu yang dilaporkan hilang dalam insiden bot regata karam.

Beliau berkata kesemua mangsa dijumpai kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kejadian dan proses pengecaman mayat oleh ahli keluarga telah selesai di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada pukul 9 pagi tadi.

“Proses pengecaman dilakukan oleh bapa kepada dua mangsa, dua lagi mangsa dicam oleh isteri mereka, manakala satu lagi oleh ibu. Operasi SAR secara rasmi tamat pada pukul 10 pagi tadi,” katanya.

“Seterusnya, proses bedah siasat akan dilakukan oleh Jabatan Forensik HUS. Setelah selesai, kami akan menyerahkan jenazah kepada keluarga mangsa untuk dibawa balik bagi proses pengebumian di kampung masing-masing,” katanya.

Mohd Farhan Lee berkata jarak antara kesemua mayat yang ditemukan meliputi radius kira-kira 500 meter persegi di kawasan baraj Sungai Sarawak, dengan satu mayat ditemukan di tepi tebing sungai, manakala empat lagi di tengah sungai.

“Daripada tarikh dan waktu kejadian pada 3.47 petang 18 Okt hingga 6.16 pagi ini, kami mengambil masa 45 jam sebelum mayat pertama dijumpai, dan 50 minit untuk menemukan mayat kelima,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan, yang telah memberikan bantuan sepanjang misi SAR tersebut.

Kelima-lima mangsa yang merupakan peserta regata dilaporkan sedang menjalani sesi latihan pada Jumaat apabila bot mereka karam akibat gelombang yang dihasilkan oleh sebuah bot nelayan yang datang dari arah bertentangan.

Dalam insiden itu, hanya 11 daripada 16 peserta yang juga kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) berjaya menyelamatkan diri.

Sumber: BERNAMA

BACA: Nostalgia, Ini Rupanya Pencipta Asal Lagu “Ringtone” Ikonik Nokia