Siakap Keli
pencipta asal ringtone nokia
Kredit: Bing AI/Canva AI

Nostalgia, Ini Rupanya Pencipta Asal Lagu “Ringtone” Ikonik Nokia

Nostalgia, Ini Rupanya Pencipta Asal Lagu “Ringtone” Ikonik Nokia

Bagi mereka yang berumur 30-an dan ke atas, nada dering Nokia pasti menggamit nostalgia sewaktu telefon pintar belum ada. Ketika itu, masih belum banyak pilihan telefon bimbit mampu milik selain Nokia.

Biarpun syarikat telekomunikasi Finland itu menghasilkan pelbagai model, namun syarikat tersebut masih mengekalkan penggunaan nada dering yang sama. Penetapan ini sehingga menjadikan nada dering tersebut sangat sinonim dengan jenama berkenaan.

Malah, sehingga kini, nada dering yang sama sebenarnya masih digunakan.

BACA: Dah Macam Berjoget, Gelagat Lelaki Halau Anjing Buat Ramai Terhibur

Rupa-rupanya, nada dering tersebut bukan ciptaan asal syarikat tersebut. Malah, pencipta asal lagu ini telah meninggal dunia 115 tahun dahulu.

Seorang ahli muzik yang juga pemain gitar membongkar misteri asal usul nada dering ini kepada orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya, Alexandra Whittingham membongkar misteri ini dengan memainkan lagu tersebut menggunakan gitar miliknya.

Video yang berdurasi beberapa saat itu menunjukkan Alexandra bermain gitar mengikut not muzik ciptaan Francisco Tárrega bertajuk Gran Vals.

BACA: Ramai Tertanya, Khairul Aming Dedah Berapa Duit Habis Bawa Pekerja Bercuti

Kisah hidup pencipta asal ringtone Nokia

Pencipta asal Gran Vals, Francisco Tárrega merupakan seorang pemain gitar dan komposer lagu terkenal dari Sepanyol. Atas dorongan bapanya, Tárrega mempelajari cara bermain gitar klasik dan piano. Dengan kemahirannya bermain kedua instrumen itu, Tárrega berjaya membina namanya sebagai ahli muzik yang menjadi pengaruh besar terhadap bidang muzik gitar abad ke-20.

Beliau bukan sahaja handal memainkan lagu-lagu terkenal yang diolah dari mainan piano tokoh terkenal seperti Beethoven, Chopin, Mendelssohn dan banyak lagi. Namun, kisah duka menyelubungi hidupnya apabila beliau mengalami lumpuh di sebelah kanan badannya pada 1906.

Meninggal dunia pada 15 Disember 1909, Tárrega meninggalkan legasinya sebanyak 78 gubahan karya asli dan 120 transkripsi gitar solo. Salah satunya, lagu asal ringtone Nokia.

BACA: Cekal Curahkan Ilmu, Guru Guna Cara Unik Ajar Murid OKU Pendengaran

Sumber: Alexa Guitarist, The Kennedy Center

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: