Hong Kong Sambut Tahun Kuda Dengan Perarakan Malam Ikonik
Bagi rakyat Malaysia yang merancang percutian sempena Tahun Baru Cina, Hong Kong menawarkan pengalaman perayaan yang penuh kemeriahan dan “Ong” sepanjang musim perayaan.
Menyambut Tahun Kuda yang melambangkan kekuatan semangat dan kejayaan dimana bandar kosmopolitan ini bakal menghidangkan antara sambutan Tahun Baru Cina paling meriah di dunia.
Daripada perarakan malam yang memukau hingga pasar bunga yang meriah, Hong Kong dihidupkan dengan suasana perayaan yang penuh warna dan keterujaan.

Pembukaan Penuh Gaya dengan Float Berlampu dan Persembahan Antarabangsa
Acara kemuncak sambutan ini ialah Perarakan Malam Tahun Baru Cina Antarabangsa Cathay, yang akan berlangsung pada 17 Februari, iaitu hari pertama Tahun Baru Cina.
Bermula jam 8.00 malam, perarakan ini akan merentasi kawasan Tsim Sha Tsui, melalui Hong Kong Cultural Centre, Canton Road, Haiphong Road dan Nathan Road.
Dengan tema “BEST FORTUNE. WORLD PARTY.”, perarakan ini meraikan Tahun Kuda sebagai simbol kekuatan, semangat dan kejayaan.
Pengunjung akan dihiburkan dengan float bercahaya yang direka khas, persembahan muzik bertenaga, serta aksi pentas daripada kumpulan antarabangsa.

Perarakan edisi 2026 turut menampilkan float bertema yang membawa simbol harapan dan kemakmuran, termasuk penyertaan jenama ikonik yang meraikan ulang tahun penting, seperti Cathay (80 tahun), Hong Kong Disneyland (20 tahun) dan McDonald’s Hong Kong (50 tahun).
Sorotan baharu termasuk float pertama daripada Persatuan Mainan Jenama Hong Kong, kemunculan Panda Friends dari Ocean Park Hong Kong, serta instalasi seni bertemakan kuda berkilauan oleh Hong Kong Jockey Club.
Beberapa float terpilih akan dipamerkan di Kai Tak Sports Park dari 18 hingga 26 Februari.
Kemeriahan antarabangsa diperkuat dengan persembahan global dari FierS à Cheval (Perancis), Xi’an Acrobatic Troupe (China), Les Vitaminés (Kanada), Manly Seabirds (Australia) dan Cromosauro (Itali), bersama Persatuan Naga dan Singa Seni Bela Diri Cina Hong Kong, mencipta pengalaman meriah gabungan timur dan barat.

Suasana Tahun Baru Cina di Setiap Penjuru Bandar
Selain perarakan, pengunjung juga berpeluang menyelami tradisi Tahun Baru Cina menerusi pelbagai aktiviti di seluruh bandar.
Dari 11 hingga 17 Februari, Pesta Tahun Baru Cina, yang lebih dikenali sebagai pasar bunga akan di lokasi utama seperti Victoria Park, Causeway Bay dan Fa Hui Park, Mong Kok menawarkan bunga segar, hiasan perayaan dan juadah musim perayaan.

Dengan gabungan perarakan ikonik, tradisi budaya dan suasana perayaan yang meriah, Hong Kong menawarkan pengalaman Tahun Baru Cina yang unik dan mengujakan buat rakyat Malaysia.
Menyambut Tahun Kuda ini, Hong Kong tampil sebagai destinasi ideal untuk memulakan tahun baharu dengan penuh harapan dan tuah..
Rancang perjalanan anda dengan melawat laman web Discover Hong Kong di: https://www.discoverhongkong.com/eng/what-s-new/events/chinese-new-year.html