Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hong Leong Bank Memperkukuh Kesalinghubungan Pembayaran Rentas Sempadan Menerusi Kerjasama Dengan UnionPay International

Dari kiri ke kanan: Kuldeep Singh, Pengarah Urusan Pasaran Global, HLB; Andrew Jong, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi, HLB; Kevin Lam, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, HLB; Carlson Li, Naib Presiden UnionPay International; Jian Jiangtao, Pengarah Urusan UnionPay International Asia Tenggara; dan Michael Shang, Penolong Pengurus Besar UnionPay International Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2026 – Hong Leong Bank (“HLB” atau “Bank”) hari ini memeterai kerjasama strategik dengan UnionPay International (“UPI”) bagi memperkukuh kesalinghubungan pembayaran rentas sempadan global untuk pelanggan yang melancong, menjalankan urusan perniagaan dan meneroka peluang di luar Malaysia. Selaras dengan aspirasi “Menghubungkan Sempadan, Perdagangan, Hubungan dan Wawasan” ( Connecting Borders, Commerce, Ties, and Horizons), kerjasama ini mencerminkan peranan HLB dan rangkaian pembayaran dalam memudahkan transaksi pembayaran di luar negara yang lancar dan selamat, di samping mempererat hubungan antara individu dan perniagaan merentasi pasaran antarabangsa.

Dengan memanfaatkan rangkaian pembayaran bersepadu UPI bersama Weixin Pay, kerjasama ini membolehkan pelanggan HLB membuat pembayaran dengan mudah di lebih 120 juta premis perniagaan di seluruh China, serta premis perniagaan yang mengambil bahagian di Hong Kong, Macau dan Thailand. Sama ada ketika membeli-belah di pusat membeli-belah atau menjamu selera di gerai makanan tempatan, pelanggan boleh membuat pembayaran terus melalui fungsi HLB QR Pay dalam aplikasi HLB Connect. Ciri ini turut melengkapi kemudahan mata wang berbilang sedia ada melalui Akaun HLB Pay&Save, yang membolehkan pelanggan mengunci kadar pertukaran mata wang yang menguntungkan lebih awal, sekali gus mengelakkan kerumitan menggunakan aplikasi pihak ketiga dan menambah nilai dompet digital secara berasingan.

Menurut Kevin Lam, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, “Pelanggan kami membawa kami merentasi sempadan Malaysia melalui perniagaan yang mereka bangunkan, hubungan kekeluargaan yang mereka kekalkan serta peluang yang mereka terokai. Kami mahu mereka menikmati keyakinan dan kemudahan yang sama ketika melakukan pembayaran di luar negara seperti membuat pembayaran di Malaysia.” 

“Pada asasnya, pembayaran rentas sempadan hanya dapat dilaksanakan dengan lancar apabila wujud kepercayaan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam transaksi. Pelanggan perlu yakin bahawa pembayaran mereka akan berjaya, manakala peniaga pula perlu mempunyai keyakinan bahawa mereka akan menerima bayaran tersebut. Berbekalkan pengalaman lebih satu abad dalam bidang pembayaran rentas sempadan serta komitmen terhadap inovasi, keutamaan kami adalah untuk memastikan kepercayaan ini terus terpelihara ke mana sahaja pelanggan kami pergi. Kerjasama dengan UPI, yang memanfaatkan rangkaian antarabangsa mereka yang luas termasuk Weixin Pay, membolehkan kami menyediakan kemudahan pembayaran dengan jangkauan global yang lebih meluas serta tahap kepastian dan kebolehpercayaan yang tinggi.”

Carlson Li, Naib Presiden UPI berkata, “Kerjasama kami dengan HLB membuktikan bagaimana kebolehoperasian dapat menghubungkan ekosistem pembayaran yang berbeza bagi memberikan manfaat praktikal kepada pelanggan. Kini, pelanggan HLB boleh mengakses rangkaian peniaga yang lebih luas secara langsung melalui aplikasi perbankan mereka, sekali gus memudahkan pembayaran rentas sempadan dan menyokong aktiviti perdagangan antara pasaran. Kami berharap dapat terus memperkukuh kerjasama ini bagi memperluas akses kepada perkhidmatan pembayaran, menghubungkan lebih ramai pelanggan dan peniaga serta membuka lebih banyak peluang kerjasama di seluruh rantau ini.”

Didorong oleh perkembangan pesat inovasi digital, pembayaran rentas sempadan kini berkembang melangkaui penggunaan kad konvensional dan pertukaran mata wang, sekali gus menawarkan kaedah transaksi antarabangsa yang lebih fleksibel, lancar dan mudah kepada pengguna.

Menegaskan komitmen Bank terhadap penyelesaian digital yang berteraskan keperluan pelanggan, Andrew Jong, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB, berkata, “Inovasi digital telah mengubah landskap transaksi dan perbelanjaan merentas sempadan secara menyeluruh, sekali gus menawarkan kemudahan dan fleksibiliti yang lebih tinggi kepada pengguna ketika berada di luar negara. Kami menyedari bahawa setiap pelanggan mempunyai pilihan dan keperluan pembayaran yang berbeza ketika melancong ke pelbagai destinasi. Oleh itu, kami komited untuk memastikan penyelesaian yang ditawarkan kekal relevan dengan keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang, di samping memberikan kebebasan memilih, keselamatan dan kemudahan transaksi yang berterusan di mana sahaja mereka berada. Kerjasama dengan UPI ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha kami memanfaatkan inovasi dan ekosistem rakan strategik bagi memperluas rangkaian penyelesaian pembayaran rentas sempadan.”

Penawaran pembayaran rentas sempadan HLB yang lebih menyeluruh memberikan pelanggan pelbagai pilihan untuk membuat pembayaran di luar negara. Ini termasuk mengimbas kod QR di premis peniaga yang mengambil bahagian, memaparkan kod QR dalam aplikasi untuk diimbas oleh peniaga, memautkan kad HLB yang layak kepada superapps seperti Weixin Pay, membuat pembayaran terus menggunakan kad kredit dan kad debit serta menggunakan dompet digital yang disokong seperti Apple Pay, Samsung Pay dan Google Pay.

Pihak Bank akan terus memperkukuh kerjasama antarabangsanya untuk memperluas kesalinghubungan pembayaran dan menyokong pelanggan seiring dengan perkembangan keperluan serta aspirasi mereka merentas pasaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.hlb.com.my/UnionPayQR

Intipati
  • HLB bekerjasama dengan UnionPay International bagi memperkukuh pembayaran rentas sempadan untuk pelanggan.
  • Pelanggan boleh menggunakan HLB QR Pay di China, Hong Kong, Macau dan Thailand.
  • HLB turut menawarkan pilihan pembayaran luar negara melalui kad, superapps dan dompet digital.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan