Tip: 5 Tabiat Buruk Ini Boleh Buat Kereta Cepat Rosak
Bagi pemilik kenderaan baru, ramai beranggapan selagi kereta dijaga dengan baik dan diservis tepat pada masanya, ia pasti bertahan lama tanpa sebarang masalah.
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa ada juga pengguna yang kurang bernasib baik. Baru beberapa bulan keluar dari kilang, kereta mula bermasalah dan kerap keluar masuk bengkel.
Kenapa ini boleh berlaku? Sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa ada beberapa tabiat yang mungkin nampak biasa, tetapi boleh menyebabkan kereta cepat rosak, walaupun masih baru.
Kita semestinya mahukan kereta dalam keadaan ‘tip-top’ untuk jangka masa yang lama. Ini kerana kereta yang sering rosak pasti akan menjejaskan rutin harian kita, selain menambah ‘beban’ dari segi kos.
Jadi, SK hari ini akan berkongsi tip daripada Altimat Saujana Utama menerusi TikTok tentang tabiat buruk yang boleh membuatkan kereta anda cepat rosak.
Menurut perkongsian itu, walaupun kereta anda baru, ia tetap boleh mengalami kerosakan jika anda mengamalkan lima tabiat buruk ini.
1. Isi minyak hanya bila lampu minyak menyala
Apabila lampu minyak menyala, itu bermakna minyak sudah berada pada paras yang sangat rendah.
Mengabaikan tanda ini dan menangguh pengisian minyak boleh merosakkan fuel pump.
Apabila minyak terlalu sedikit, fuel pump terpaksa menyedut sisa kotoran di tangki minyak.
Ini boleh menyebabkannya fuel pump tersumbat dan kemudiannya rosak.
2. Sering tekan brek secara mengejut
Tekan brek secara mengejut bukan sahaja berbahaya, tetapi juga boleh merosakkan sistem brek.
Tekanan yang kuat secara tiba-tiba boleh menyebabkan brek overheating dan brake pad menjadi cepat haus.
Selain itu, brake disk juga akan menjadi lebih nipis.
3. Tidak panaskan enjin sebelum memandu
Ramai yang tidak sedar bahawa memanaskan enjin selama satu atau dua minit sebelum mula memandu sangat penting.
Ini membantu minyak enjin mengalir dengan baik ke seluruh komponen enjin dan membolehkan enjin mencapai suhu optimum untuk beroperasi dengan lancar.
Jika diabaikan, ia boleh menyebabkan enjin bekerja lebih keras dan menjejaskan prestasi pemanduan.
4. Abaikan bunyi pelik pada kereta
Bunyi pelik yang muncul dari kereta sering dianggap tidak penting oleh sesetengah pemandu.
Namun, bunyi ini boleh menjadi tanda awal masalah yang lebih serius.
Jangan abaikan, sebaliknya segera periksa kereta anda di bengkel untuk mengelakkan kerosakan yang lebih besar.
5. Membawa muatan berlebihan
Sering membawa beban yang lebih daripada kapasiti kereta boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada suspension dan komponen lain.
Ini juga boleh mengganggu kestabilan kereta, meningkatkan risiko kemalangan dan membuat brek bekerja lebih keras.
Selain itu, penggunaan bahan api juga akan meningkat.
@altimatsaujana Kereta baru pun boleh rosak kalau korang amalkan tabiat buruk ni ! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelsungaibuloh #bengkelsaujanautama #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkeretasungaibuloh #automotive #automotif #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabaubusuk #serviskereta #mekanik #mekaniktiktok #pomen #pometiktok #altimatautogarage #petronasautoexpert #bengkelmobil #mobilindonesia
♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama
Itulah tabiat-tabiat yang perlu dielakkan agar kereta kesayangan anda terus kekal dalam prestasi terbaik.
Semoga bermanfaat.
BACA: Tip: Ini 5 Benda Yang Tidak Patut Anda Tinggalkan Dalam Kereta
BACA: Ini 6 Tip Memandu Kereta Ketika Hujan Lebat, No.3 Ramai Yang Terlepas Pandang
BACA: Tip: Anda Wajib Periksa 4 Benda Ini Sebelum Beli Kereta Second Hand
Sumber: Altimat Saujana Utama