‘Pintu’ Misteri Tiba-tiba Muncul Di Antartika, Cetuskan Perdebatan & Pelbagai Teori
Sebuah formasi seakan-akan pintu muncul secara misteri di Antartika, sekaligus menimbulkan perdebatan dalam kalangan warga maya.
Menurut Dailymail, keanehan berkenaan muncul di bahagian tenggara pos penyelidikan Stesen Showa yang dikendalikan oleh Jepun.
Difahamkan, penemuan berkenaan dibuat oleh warga maya menerusi Google Earth dan menjadi tular di media sosial.
Ia sekaligus mengundang perdebatan pengguna Internet dan pada masa yang sama, pelbagai andaian serta teori turut muncul berkenaan ‘pintu’ misteri tersebut.
Ada yang bergurau bahawa pintu berkenaan mungkin adalah laluan kepada kediaman percutian Bigfoot.
Pintu misteri muncul di Antartika, cetus tanda tanya warga maya
Malah, tidak kurang juga yang berteori bahawa ia adalah ‘gerbang’ untuk pesawat berulang-alik antara Bumi dengan angkasa lepas, persis seperti dalam filem sains fiksyen.
Bagaimanapun, seorang pakar Glasiologi dari Universiti Newcastle mempunyai pandangan berbeza dan memberikan jawapan logik kepada kejadian berkenaan.
Menurut Profesor Bethan Davies, struktur tersebut sebenarnya hanyalah gunung ais yang terhempas ke tanah.
Manakala impak jatuhan tersebut membentuk formasi seakan-akan pintu apabila dilihat daripada sudut tertentu.
Pada masa yang sama, gunung ais berkenaan akan tersekat pada permukaan dan akan mencair secara perlahan-lahan.
Malah, tinjauan sendiri di Google Earth juga boleh menemui formasi berkenaan yang hanya kelihatan seperti struktur ais biasa.
BACA: Paraglider Hairan, Nampak Anjing Di Puncak Piramid Giza Ketika Meluncur Di Udara
@dailymail A mysterious ‘doorway’ has been spotted in Antarctica, just southeast of the Japanese-run Showa Station. The discovery has sparked a range of theories across the internet, including Bigfoot’s vacation home or a shuttle from Star Trek. What do you think it could be? 🤔 🎥 Google Maps #mystery #antarctica #googlemaps #googleearth
♬ Scary and mysterious horror background music(878937) – Inumori
BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok
Beza Artik dan Antartika
Dalam pada itu, ramai sebenarnya masih keliru apabila mendengar perkataan Artik dan Antartika.
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat, perbezaan utama antara Artik dan Antartika adalah dari segi geografinya.
Artik sebenarnya adalah sebuah lautan yang ditututi lapisan laut ais perenial dan dikelilingi daratan. Ais perinial merujuk kepada laut ais tertua dan paling tebal di dunia.

Lautan Artik sangat dalam dan sangat rapat dengan sistem iklim di sekelilingnya, sekaligus menjadikan Artik lebih terkesan dengan perubahan iklim berbanding Antartika.
Manakala Antartika pula adalah sebuah benua yang ditutupi dengan ais yang sangat tebal serta dikelilingi lautan ais di Laut Selatan.
Sumber: dailymail via TikTok