Giring Ganesha Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Bekas vokalis kumpulan Nidji, Giring Ganesha, dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah kepimpinan Presiden Prabowo Subianto.
Pengumuman pelantikan ini dibuat secara langsung oleh Presiden Prabowo di Istana Merdeka, Jakarta, pada Ahad.
Giring, yang akan berkhidmat bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, dijangka memulakan tugasnya secara rasmi pada Isnin.
Sebelum ini, Giring mengakui bahawa keputusan untuk meninggalkan kerjaya nyanyian demi politik bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun, walaupun sudah memilih haluan baru, beliau tetap menyimpan rasa rindu untuk kembali menghasilkan muzik.
Untuk info, pemuda berusia 41 tahun itu bersama kumpulan Nidji suatu ketika dahulu adalah antara kumpulan muzik yang popular sekitar tahun 2002.
Mereka berjaya meraih pengaruh besar dalam industri muzik Indonesia dengan lagu-lagu hits seperti Arti Sahabat, Jangan Lupakan dan Laskar Pelangi.
BACA: Fethullah Gulen Yang Didakwa Dalang Cubaan Rampasan Kuasa Di Turkiye Meninggal Dunia
BACA: Lebih Kapasiti, Penjara Malaysia Tidak Mampu Lagi Tampung Banduan
BACA: Penyaman Udara Kompleks Beli-Belah Meletup, Tiga Lelaki Dilapor Cedera
Sumber: Astro Awani