Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Prabowo Pilih Limosin Buatan Tempatan Jadi Kenderaan Rasmi Presiden

Athirah
MV3 Garuda Limousine
Kredit: CNBC Indonesia

Prabowo Pilih Limosin Buatan Tempatan Jadi Kenderaan Rasmi Presiden

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilapor telah memilih MV3 Garuda Limousine sebagai kenderaan rasmi presiden.

Menurut CNBC Indonesia, limosin buatan tempatan itu merupakan produk yang dihasilkan oleh syarikat senjata terkenal negara itu, PT Pindad.

Difahamkan, kenderaan berkenaan direka khas untuk memenuhi semua keperluan Presiden Republik Indonesia semasa menjalankan tugasnya.

Prabowo juga dikatakan memilih limosin buatan PT Pindad kerana yakin dengan bakat anak tempatan, selain bukti bahawa Indonesia juga mampu memenuhi keperluan sendiri.

Selain digunakan oleh presiden, MV3 Garuda yang dikembangkan secara khusus daripada model MV3 juga akan digunakan sebagai kenderaan rasmi naib presiden.

MV3 Garuda, limosin buatan tempatan pilihan Prabowo

Kenderaan berwarna putih dengan penampilan maskulin itu mempunyai ciri-ciri perlindungan tertinggi dan menawarkan keselesaan terbaik dengan bahan binaan berkualiti serta pelbagai fungsi moden.

Limosin MV3 Garuda mempunyai berat 2.95 tan, dimensi kira-kira 5.05 meter panjang, 2.06 meter lebar, 1.87 meter tinggi dan mempunyai reka bentuk jarak roda yang panjang.

Ia dipacu oleh enjin dengan kuasa 202 PS/199 HP, transmisi AT dengan 8 kelajuan dan mempunyai kelajuan maksimum 100 km/jam.

Sebagai syarikat pengeluar produk pertahanan, PT Pindad jelas menggunakan kepakarannya untuk melengkapkan perlindungan keselamatan terbaik pada limosin ini.

Misalnya, bahagian badan dibina dengan menggunakan bahan perisai komposit yang kalis peluru kaliber NATO 7.62 x 51 mm dan kaliber 5.56 x 45 mm M193.

Manakala bahagian cermin pula menggunakan kaca kalis peluru aras B5/B6 dan dilengkapi tayar bersaiz R21 dengan jenis Run Flat Tyre (RFT).

RFT membolehkan limosin itu terus dipandu di atas jalan raya walaupun dalam keadaan tayar sudah pancit.

SUV dilengkapi dengan logo Garuda yang melambangkan kebangkitan Indonesia

Dari segi luaran pula, kenderaan ini dilengkapi dengan sistem langkah kaki automatik di bahagian tepi kenderaan bagi memudahkan keluar masuk kenderaan.

Menurut CNBC Indonesia, terdapat logo Garuda yang melambangkan kekuatan dan pergerakan dinamik dengan sayapnya yang mengembang menjadi simbol pada pelbagai bahagian kenderaan.

Logo garuda tersebut turut dipamerkan di hadapan grille sehingga ke bahagian rim kenderaan yang kekal kelihatan walaupun tayar sedang bergerak.

Kredit: CNBC Indonesia

Manakala corak grille di hadapan kenderaan diilhamkan daripada batik parang yang menggambarkan identiti bangsa Indonesia.

Manakala dii bahagian belakang pula, tetapan dwi ekzos jelas kelihatan.

Lain daripada itu, bahagian dalam yang premium menggunakan aksen kemasan kayu serta dilengkapi dengan tempat duduk pemandu dengan pelarasan elektrik yang dilengkapi dengan leg rest dan limo touch control panel.

Limosin MV3 Garuda turut dilengkapi dengan Head Unit 12 inci, kamera 360°, TV pintar LED, peti ais mini dan WiFi mudah alih.

Kredit: CNBC Indonesia

BACA: ‘Pintu’ Misteri Tiba-tiba Muncul Di Antartika, Cetuskan Perdebatan & Pelbagai Teori

Sumber: CNBC Indonesia