TUDM Nafi Bunyi Dentuman Di Ipoh Datang Dari Pesawat Pejuang Miliknya
IPOH — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di Ipoh lebih kurang jam 11.06 pada pagi Isnin di sini datang dari pesawat pejuang miliknya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, TUDM menegaskan bahawa tiada sebarang penerbangan pesawat pejuang pihaknya yang dilaksanakan di sekitar kawasan tersebut sewaktu kejadian, termasuk kejadian pesawat asing yang dikatakan menceroboh ruang udara negara.
“Pihak TUDM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) untuk melaksanakan siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian,” maklum kenyataan tersebut.
Sebelum ini, bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di daerah berkenaan telah dikaitkan dengan kemungkinan berpunca daripada dentuman “Sonic Boom” atau letupan sonik oleh pesawat pejuang.
https://www.instagram.com/p/DBa3I7JPRrv/?fbclid=IwY2xjawGERCBleHRuA2FlbQIxMAABHRZluJmYC3rr3v4Ayo6hmzDHoCmTWAKPh5eIR4ofTP5AvGjNqUasdEYswg_aem_aWcs4IObcc5n7dVeErg0VA
Sumber: Instagram TUDM