Siakap Keli
Buku Setebal 674 Muka Surat
Kredit: brf.be

Buku Setebal 674 Muka Surat Ditulis Untuk Jawab Soalan Kenapa 1+1=2, Ini Sebabnya

Buku Setebal 674 Muka Surat Ditulis Untuk Jawab Soalan Kenapa 1+1=2, Ini Sebabnya

Semasa di sekolah, antara subjek yang dianggap susah dan tidak digemari selain Sejarah adalah Matematik.

Kedua-dua matapelajaran itu memang diakui sukar difahami. Salah satu alasannya kerana memerlukan ingatan yang kuat serta cerdas untuk mengingati fakta-fakta dan memahami sesuatu formula.

Menurut History Cooperative, sejarah melakarkan bahawa tamadun awal dunia seperti Tamadun Mesir purba (1000 tahun sebelum Masihi) sudah menggunakan Matematik dalam kehidupan seharian.

Ketika itu, ahli matematik purba mencipta kaedah untuk mengira dan merekod maklumat berangka yang sangat penting untuk tujuan pentadbiran dan ekonomi negara.

Secara umumnya, ilmu Matematik terbentuk sebagai tindak balas kepada keperluan praktikal dunia sebenar yang dihadapi oleh masyarakat awal ketika itu.

Didorong oleh naluri manusia yang sentiasa ingin tahu, ahli Matematik kemudian membuat pelbagai kajian dan akhirnya berjaya meneroka pelbagai konsep baharu Matematik.

Kali ini, kami hendak berkongsi dengan anda semua satu kisah menarik dalam dunia ilmu Matematik yang pernah berlaku sebelum ini.

Ahli Matematik karang buku setebal 674 muka surat untuk jawab kenapa 1+1=2, ini sebabnya

Menurut Institut Penyelidikan Matematik-INSPEM, dua orang ahli Matematik pernah menghasilkan buku setebal 674 muka surat yang terdiri daripada 3 jilid hanya untuk menjawab kenapa 1+1=2.

Dua ilmuan terkemuka dunia itu adalah Bertrand Russell dan Alfred Whitedead, manakala karya mereka dikenali sebagai Principia Mathematica.

Persoalannya, apa yang susah sangat dengan 1+1=2 sampai perlu diterangkan dalam buku beratus-ratus muka surat tebalnya?

INSPEM berkata, ringkasnya Matematik hampir tidak pernah dicabar lebih 2,000 tahun sejak Euclid.

“Masa zaman purba, Matematik ini asasnya terdapat dua gagasan besar iaitu geometri (tentang bentuk) dan aritmetik (tentang nombor).

“Euclid gagaskan geometrinya yang menyatukan geometri dan nombor sehingga menjadikan Matematik itu bahasa alam semesta dan realiti.

Hasilkan Geometri baru

“Euclid tulis 13 jilid buku Elements untuk gagaskan ideanya. Dengan kata lain, apa yang terkandung dalam Matematik, itulah gambaran alam semesta.

“Tapi gagasan Euclid ini ada masalah pada postulatnya (postulate) yang kelima.

“Postulat ini cuba dibuktikan oleh ramai matematikawan yang akhirnya tidak membuktikan postulat tersebut, malah melahirkan geometri yang baru,” kata INSPEM.

Geometri baru itu kemudian dikenali sebagai Geometri bukan Euclid dan antara pelopornya adalah Ibn Haytham, Omar Khayyam, Henri Poincare dan Carl Friedrich Gauss.

Secara ringkas, Geometri bukan Euclid menggambarkan rumusan dan formalism Matematik yang tidak wujud di dunia nyata.

“Ada bentuk-bentuk yang tidak wujud di dunia nyata, tapi secara logiknya dan matematiknya wujud.

“Nombor imaginari, nombor infiniti, alam semesta berbentuk pelana kuda, Bumi berbentuk donat dan sebagainya. Pelbagai percanggahan dan paradoks wujud,” kata INSPEM lagi.

Pada sekitar kurun ke-19, ilmu matematik ketika itu seperti tiada batu asas atau undang-undang yang stabil dan konsisten.

Keadaan itu mendorong Russell dan Whitehead mengarang buku setebal 674 muka surat untuk membina satu gagasan, rangka dan formalism bagi membina semula Matematik yang tiada lagi paradoks dan ketidaktentuan.

Sekurang-kurangnya itu yang Russell dan Whitehead harapkan.

“Mereka bukan terus nak jawab kenapa 1+1=2. Mereka balik ke zaman lampau dan membina Matematik daripada asasnya iaitu daripada logik.

“Sampai ke muka surat 362, barulah mereka sampai kepada pembuktian kenapa 1+1 = 2,” kata INSPEM di akhir perkongsian.

Begitulah kisahnya.

BACA: GSC Citta Mall Henti Operasi, Tayangan Terakhir 30 Oktober Ini

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.