GSC Citta Mall Henti Operasi, Tayangan Terakhir 30 Oktober Ini
GSC Citta Mall yang terletak di Petaling Jaya telah mengumumkan penutupan premis perniagaan mereka melalui satu hantaran di laman X rasmi.
Menurut hantaran tersebut, GSC Citta Mall akan menghentikan operasi dengan tayangan terakhir pada Rabu, 30 Oktober 2024.
Bagaimanapun, para pelanggan masih boleh menikmati filem kegemaran masing-masing di lokasi terdekat iaitu GSC Paradigm Mall.
Dalam pada itu, pihak GSC turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepada mereka selama ini.
“Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda sepanjang kami beroperasi di sini,” ujar hantaran itu.
BACA: Kanak-kanak Gaza Maut, Ditimpa Palet Bantuan Makanan Digugur Dari Udara
https://x.com/GSCinemas/status/1848559983748931631
BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok
BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN
Sumber: GSCinemas via X