Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Kanak-kanak 3 Tahun
Kredit: CNN

Kanak-kanak Gaza Maut, Ditimpa Palet Bantuan Makanan Digugur Dari Udara

Athirah

Kanak-kanak Gaza Maut, Ditimpa Palet Bantuan Makanan Digugur Dari Udara

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Gaza terkorban apabila palet bantuan makanan yang digugurkan dari udara terjatuh ke atasnya.

Menurut CNN, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berumur 3 tahun sedang bersarapan bersama keluarganya di sebuah kem pelarian.

“Kami melihat palet itu digugurkan dan berasa begitu takut kerana ia jatuh berhampiran khemah kami,” kata Ayyad, datuk kepada mangsa.

Apabila melihat palet bantuan itu digugurkan, mereka kemudian berlari menuju ke khemah untuk berlindung.

Malangnya dalam proses itu, sebuah tin makanan jatuh dan menimpa kepala mangsa, yang ketika itu dikendong Ayyad.

Kanak-kanak Gaza maut, palet makanan dihantar dari udara timpa kepalanya

Difahamkan, impak jatuhan tin makanan berkenaan telah membunuh mangsa serta merta.

“Kami tiada hospital. Saya berlari macam orang gila dan cucu saya meninggal dunia serta-merta. Saya tidak dapat menyelamatkannya. Darah terus keluar daripada mulut dan hidungnya,” kata Ayyad.

Sementara itu, kehilangan mangsa turut memberi kesan yang sangat besar kepada ayahnya, Mahmoud Ayyad.

“Mereka menjatuhkan payung terjun berisi bantuan dan bantuan itu membunuh anak saya. Untuk apa? Saya tidak mahu bantuan, anak saya sudah tiada,” luah Mahmoud.

Dalam pada itu, bantuan udara yang diturunkan di bandar Khan Younis di selatan Gaza itu turut mencederakan ibu saudara dan sepupu kepada kanak-kanak itu.

Sepupunya mengalami kecederaan pada wajah, manakala kaki ibu saudaranya pula patah.

Menurut CNN, beberapa negara terlibat dalam operasi menggugurkan bantuan dari udara untuk pelarian-pelarian di Palestin.

Antara yang menjalankan operasi itu termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pada Sabtu, operasi yang dijalankan oleh UAE menggugurkan kira-kira 81 palet bantuan di sekitar kawasan Khan Younis.

Dianggarkan, lebih 10,000 palet bantuan digugurkan di seluruh Gaza dalam tempoh sebulan yang lepas.

Agensi Hak Asasi Manusia berulang kali menegaskan bahawa bantuan yang dihantar melalui udara adalah tidak efisien dan mendesak lebih banyak bantuan dihantar melalui jalan darat.

BACA: Fethullah Gulen Yang Didakwa Dalang Cubaan Rampasan Kuasa Di Turkiye Meninggal Dunia

Sumber:

CNN