Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
Pernah tak anda rasa macam berada di tengah-tengah satu perasaan pelik? Tak sedih tapi tak gembira juga.
Bila cuba korek dan tanya diri sendiri, rupanya tiada satu pun momen atau kisah yang boleh menjelaskan perasaan itu.
Perasaan macam ini kadang-kadang buat kita tertanya-tanya sendiri apa sebenarnya yang sedang kita rasa.
Lebih menghairankan lagi, ia bukan satu perasaan takut atau cemas yang mendominasi, namun ia juga bukan kegembiraan seperti yang diharapkan. Ia seolah-olah ada yang hilang tapi tak dapat dikenal pasti apa.
Justeru, SK kali ini akan menjelaskan fenomena yang sebenarnya dialami oleh kebanyakan orang.
Menurut portal Healthline, ramai orang menghadapi situasi languishing, iaitu keadaan emosi di mana seseorang tidak merasa tertekan, namun juga tidak merasai kebahagiaan.
Mereka masih mampu berfungsi, berinteraksi dan meneruskan kehidupan harian, namun tiada rasa keterujaan atau kepuasan yang nyata dalam hidup mereka.
Languishing ini juga merujuk kepada keadaan emosi apabila seseorang itu berasa kosong, lesu dan sukar untuk memberi tumpuan.

Tanda-tanda emosi seseorang yang mengalami languishing
Hidup seolah-olah dipenuhi gangguan kecil dan tempoh kebosanan yang panjang.
Kurang mengambil berat tentang masa depan.
Merasakan hidup kekurangan sesuatu, tetapi tidak pasti apa yang hilang.
Tanda-tanda psikologi languishing
Berasa seolah-olah telah mencapai puncak dalam hidup dan tidak lagi mempunyai ruang untuk berkembang.
Kecewa dengan diri sendiri
Memiliki masalah dan cabaran hidup sehingga menimbulkan tekanan
Jarang mempunyai pendapat yang tegas dan mudah dipengaruhi orang lain.

Tanda-tanda sosial languishing
Sukar menjalin hubungan rapat dengan orang lain.
Kerjaya kelihatan kurang bermakna dalam gambaran keseluruhan hidup.
Mempercayai bahawa hanya diri sendiri yang boleh diharapkan.
Menurut portal Healthline, dalam kajian ini, seorang ahli sosiologi memperkenalkan istilah languishing dan menerangkan bahawa ia adalah keadaan emosi yang bertentangan dengan flourishing.
Flourishing merujuk kepada keadaan di mana seseorang mempunyai emosi positif dan berfungsi dengan baik dari segi mental serta sosial.
Difahamkan, languishing berbeza daripada kemurungan.

Kedua-duanya boleh membuat seseorang berasa kosong, lesu dan hilang motivasi, malah cenderung menjauhkan diri daripada orang tersayang.
Namun begitu, languishing biasanya hanya melemahkan rasa gembira dan keterujaan seseorang.
Sebaliknya, mereka yang mengalami kemurungan sukar merasai kegembiraan dalam apa jua keadaan dan sering disertai masalah tidur, hilang selera makan serta hilang fokus.
Walaupun perasaan languishing tidak dikategorikan sebagai penyakit mental, ia boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan mental.

Individu yang mengalaminya selalunya sukar untuk mengakui atau berkongsi perasaan mereka.
Pakar psikoterapi, Lauren Demshar Abbott berpendapat bahawa memberi nama kepada keadaan emosi ini mungkin dapat membantu mereka yang sedang mengalaminya.
Satu cara lain untuk keluar daripada languishing adalah dengan cari rentak dengan aktiviti-aktiviti tersebut.
Terapi kesejahteraan (Well-being therapy)
Pendekatan ini membantu anda mengenal pasti perkara yang membuat anda berasa gembira dan puas, serta mengamalkan tingkah laku yang menyokong perasaan tersebut.
Terapi ulasan hidup (Life-review therapy)
Terapi ini membantu anda menemui nilai dan makna dalam hidup setakat ini serta mewujudkan rasa harapan untuk masa depan.

Terapi penerimaan dan komitmen (Acceptance and Commitment Therapy)
Terapi ini membantu anda menerima perasaan negatif seperti penyesalan dan tetap berkomitmen untuk mengejar matlamat, walaupun anda tidak berasa sepenuhnya bersemangat mengenainya.
Intervensi psikologi positif (Positive psychological interventions):
Pendekatan ini membantu anda mencipta matlamat yang selaras dengan nilai dan minat peribadi, kemudian menggunakan bakat dan kebolehan untuk mencapainya.