Utama

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Semakin hari, semakin kerap kita mendengar berita tentang jangkitan penyakit tuberkulosis atau singkatannya, tibi.
Penyakit berjangkit ini tidak hanya menyerang dan berbahaya terhadap kanak-kanak, malah individu dewasa turut boleh menemui ajal akibat tibi.
Tuberkulosis (tibi) adalah penyakit jangkitan serius yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis.
Penyakit ini lazimnya menyerang paru-paru, tetapi ia juga boleh menjejaskan organ lain seperti ginjal, tulang dan otak.
Rawatan tibi berbeza daripada antibiotik biasa kerana ia memerlukan terapi jangka panjang.
Biasanya, pesakit perlu menjalani rawatan selama enam bulan untuk memastikan bakteria benar-benar dibasmi.
Ikuti perkongsian Public Health Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Pernah tak korang bakar sampah atau buat BBQ, nampak api dah padam tapi tiba-tiba esok pagi dia berasap balik? Itu sebab bara dalam kayu tu sebenarnya belum mati sepenuhnya.
Macam itulah rawatan Tibi. Masyarakat kena faham kenapa tempohnya sangat lama.
Dalam 2 bulan pertama yang dipanggil Fasa Intensif, ubat-ubatan bertindak macam bomba simbah air pada api yang marak.
Kuman yang tengah aktif menyerang akan mati dengan cepat. Sebab itu dalam masa singkat, pesakit dah nampak sihat dan bertenaga semula.
Tapi kuman Tibi ni licik. Ada sebahagian daripada mereka akan menukarkan diri jadi "kuman tidur" atau dormant. Mereka menyorok jauh dalam tisu badan dan perlahankan metabolisma mereka supaya ubat susah nak kesan.
Inilah sebabnya Fasa Sambungan selama 4 bulan seterusnya wujud.
Fasa ini bukan untuk matikan api yang marak, tapi untuk padamkan "bara" yang menyorok tadi.
Kuman yang tidur ni perlukan pendedahan ubat yang lama dan berterusan untuk betul-betul mati.
Kalau rawatan dihentikan awal sebab nampak luaran dah sihat, bara tadi akan marak semula. Dan kali ini, kuman tu akan bangun dengan perisai baru yang kita panggil Tibi Kebal Ubat (MDR-TB).
Jadi, kalau nampak kawan masih telan ubat walaupun dah nampak sado, jangan pelik.
Dia bukan saja-saja nak makan ubat, tapi dia tengah pastikan bara api dalam badan dia betul-betul padam sampai ke akar umbi.
