Utama

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.
Menerusi muat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, kebanyakan kawasan di negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor diramal hujan lebat. Begitu juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Di Kedah, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa daerah Kulim dan Bandar Baharu.
“Manakala di Kelantan, daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang turut dijangka alami hujan lebat, angin kencang dan ribut petir,” maklum MetMalaysia.
Amaran tersebut turut melibatkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu.
Sementara itu, cuaca di Pahang menunjukkan hujan lebat, ribut petir bakal landa daerah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran dan Kuantan.
MetMalaysia turut menyenaraikan daerah Bera, Pekan dan Rompin dalam amaran berkenaan.
Terus ke Negeri Sembilan, hampir kebanyakan kawasan dijangka hujan lebat termasuk Seremban, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin.
Bagi Johor pula, daerah yang disenarai bakal menerima cuaca buruk merupakan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Beralih ke Borneo, kebanyakan kawasan di negeri Sarawak dijangka hujan lebat. Antara yang tersenarai termasuk daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong).
Begitu juga Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong).
Di Sabah, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir bagi daerah Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas jabatan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat untuk mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar. Elakkan berkunjung ke lokasi berisiko.