Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
580 kenderaan isi minyak
Kredit: Bernama

KPDN Kedah Kesan 580 Kenderaan Isi Minyak Berulang Dalam Sehari

Azizah Najib

KPDN Kedah Kesan 580 Kenderaan Isi Minyak Berulang Dalam Sehari

BUKIT KAYU HITAM, 23 Okt (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mengesan 580 kenderaan membuat pengisian minyak secara berulang dalam sehari di beberapa stesen berbeza berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di sini.

Pengarahnya Muhammad Nizam Jamaludin berkata pihaknya mengesan kegiatan itu sejak 25 Sept lepas.

“Sebanyak 19,705 kenderaan direkodkan (mengisi minyak) dengan 19,001 ialah kenderaan tempatan dan 704 kenderaan pendaftaran asing.

“Daripada jumlah itu sebanyak 580 kenderaan dikesan melakukan pengisian minyak melebihi sekali dalam hari yang sama,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan di beberapa stesen minyak di sini hari ini.

BACA: MCMC Mulakan Rundingan Awam Mengenai Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik)

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya sedang memantapkan kawalan bagi mengekang aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi.

Muhammad Nizam berkata pihaknya bertindak menugaskan pegawai secara statik dan pengauditan di enam stesen minyak di daerah Kubang Pasu dan Baling; mengerakkan unit rondaan penguat kuasa; melakukan risikan serta mengambil tindakan daripada maklumat diperoleh.

Beliau berkata pendekatan itu dapat mengenal pasti keperluan kuota sebenar stesen minyak dan maklumat kenderaan yang membuat pengisian petrol atau diesel.

Siasatan juga mendapati penyelewengan bahan bersubsidi itu turut dilakukan secara individu atau kumpulan kecil menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran tempatan.

BACA: 22 Termasuk Pengurusan Tertinggi GISBH Didakwa Hari Ini

Modus operandi mereka dengan membuat pembelian menggunakan tong kecil dan ada kenderaan mempunyai tangki tambahan serta dipercayai menjadikan kampung terpencil sebagai tempat pengumpulan bahan api itu.

Sementara itu, beliau berkata menerusi Op Tiris 3.0 yang dijalankan sepanjang tahun ini, sebanyak 1,982 pemeriksaan direkodkan dan 158 kes diambil tindakan dengan melibatkan rampasan keseluruhan melebihi RM2.9 juta.

“Sebanyak 17 kertas siasatan telah menerima izin daripada timbalan pendakwa raya untuk didaftarkan ke mahkamah bagi tujuan pendakwaan,” katanya.

BACA: Sasaran Bina 500,000 Unit Rumah Mampu Milik Capai 89 Peratus Setakat September 2024 – KPKT

Sumber: Bernama