Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Pendakian Ke Puncak Gunung Kinabalu

Hannah
Amaran Gunung Kinabalu
Sumber: BERNAMA

Amaran Pendakian Ke Puncak Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU, 24 Okt (Bernama) — Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Taman-Taman Sabah dalam kenyataan memaklumkan amaran itu, dikeluarkan berikutan cuaca hujan, angin kencang dan berkabus yang berlarutan di gunung itu yang terletak di Taman Kinabalu, Ranau.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa terdapat kejadian tanah runtuh di summit trail gunung itu iaitu di kilometer 3.8, serta kejadian pokok tumbang di kilometer 0.6 dan kilometer 1.6.

“Sehubungan itu, semua pendaki, malim gunung, porter dan staf yang berada di sekitar summit trail Gunung Kinabalu agar lebih berwaspada sepanjang masa dalam sebarang aktiviti pendakian gunung ke Panalaban.

“Tindakan pemantauan keselamatan dan kerja-kerja penyelenggaraan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu hari ini.

BACA: Kanak-Kanak Lelaki Maut Ditimpa Rekahan Simen Rumah Kedai

BACA: Thailand Dijangka Bakal Perkenal Cukai Baharu Kepada Pelancong

BACA: BRICS Tegaskan Sokongan Untuk Keahlian Penuh Palestin Dalam PBB

Sumber: BERNAMA