Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Tempat Sangkut Tudung
Kredit: @norpadilahdiycrafter via TikTok
Tiada Kategori

Guna Batang Mop, Wanita Kongsi Cara DIY Tempat Sangkut Tudung Elak Kedut

Athirah

Guna Batang Mop, Wanita Kongsi Cara DIY Tempat Sangkut Tudung Elak Kedut

Seiring peredaran masa, perkembangan dunia fesyen juga berubah. Tidak terkecuali trend bertudung buat muslimah berhijab.

Tidak hanya tudung bawal, kini setiap wanita mungkin menggemari selendang atau tudung sarung untuk keluar bekerja ataupun tujuan santai.

Kebanyakan wanita sering mengeluh apabila tudung yang sedang dikenakan tidak terbentuk dengan elok atau mempunyai kedutan selepas digosok.

Bukan itu sahaja, malah keadaan menjengkelkan ini boleh merosakkan mood seharian juga.

Wanita kongsi cara buat tempat sangkut tudung DIY

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @norpadilahdiycrafter, wanita ini menunjukkan cara DIY mudah bagi mengatasi ketiadaan tempat untuk menyangkut tudung yang siap digosok.

Bahkan, ia dapat menyangkut tudung dalam kuantiti yang banyak serta mengelak ia kembali berkedut.

Selain menjimatkan masa, ia sekaligus dapat mengurangkan kekerapan penggunaan seterika. Dengan menggosok pakaian dengan jumlah yang banyak, ia dapat menjimatkan tenaga elektrik.

Menurut @norpadilahdiycrafter, penyangkut tudung tersebut mampu membantu wanita yang gemar menggosok banyak tudung untuk kegunaan setiap hari.

BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN

“Jom kita cari solusi macam mana nak selesaikan isu utama perempuan, tudung dah siap gosok banyak-banyak tak tahu nak sangkut kat mana.

“Ngam tujuh hari untuk anda yang memang suka gosok tudung sekali harung. Yang penting awning tu, jangan sampai kedut. Itulah paling payah nak jaga,” katanya.

Menerusi video berdurasi 1:58 minit itu, @norpadilahdiycrafter turut menunjukkan cara membuat penyangkut tudung dengan hanya menggunakan tujuh batang mop, engsel bersaiz kecil dan papan sahaja.

Langkah yang pertama, wanita ini memotong batang mop menggunakan mesin pemotong kayu mengikut saiz tudung.

BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

Kemudian, @norpadilahdiycrafter menggunakan mesin kertas pasir elektrik untuk menjadikan batang tersebut menjadi licin dan tiada selumbar.

Beralih ke cara pembuatan, @norpadilahdiycrafter dilihat menggerudi engsel di bahagian hujung setiap batang mop.

Selepas itu, wanita berkenaan menyusun kesemua batang mop di atas papan mengikut jarak yang bersesuaian. Langkah seterusnya, dia menggerudi engsel batang mop pada hujung papan.

Akhir sekali, @norpadilahdiycrafter menggerudi bracket bersaiz kecil untuk menampung penyendal batang mop tadi. Seterusnya, wanita ini turut memasang hook di belakang papan pada bahagian atas dan tepi untuk menggantungnya pada dinding.

Video tersebut mendapat 5.5 juta tontonan

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Anda juga boleh menonton video daripada @norpadilahdiycrafter di bawah untuk memahami lebih lanjut cara yang dilakukan. Semoga bermanfaat.

Sumber: @norpadilahdiycrafter via TikTok