Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Guru Diuji Masalah Kesihatan Isteri, Dibenarkan Cuti – KPM
PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan tindakan segera bagi memberi bantuan terhadap seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti tular di media sosial.
Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama isterinya.
“KPM prihatin mengenai situasi seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya.
“Tindakan segera untuk memberi bantuan sedang diambil. Guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya,” menurut kenyataan itu.
Menurut KPM, satu pertemuan dengan guru berkenaan akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikan dan lain-lain perkara.
“KPM mendoakan kesembuhan isteri guru berkenaan dan akan memastikan kebajikan dia dan keluarga terpelihara,” menurut kenyataan itu.
Tular di media sosial mengenai kisah guru dikenali Cikgu Din diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser.
Berdasarkan hantaran di akaun Harima Abd Rahman, Cikgu Din didakwa telah memohon pertukaran di semenanjung untuk bersama isterinya namun permohonan tersebut ditolak.
BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN
Sumber: Bernama