Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: KPM Utamakan Kesihatan Murid, Kelangsungan Pembelajaran Turut Diberi Perhatian

KPM
Kredit: Facebook Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan (KPM) mengutamakan keselamatan dan kesihatan murid susulan situasi jerebu semasa, selain memastikan kelangsungan pembelajaran sekiranya penutupan sekolah perlu dilaksanakan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tengah hari tadi.

Menurutnya, sebarang keputusan berkaitan operasi sekolah perlu mengambil kira keseimbangan antara perlindungan kesihatan murid dengan keperluan memastikan mereka tidak kehilangan masa pembelajaran sekiranya sekolah ditutup untuk tempoh yang panjang.

“Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak terus terpelihara.

“Pada masa yang sama, kita tidak mahu mereka kehilangan masa pembelajaran akibat penutupan sekolah yang berpanjangan,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Fadhlina berkata, NADMA dijangka mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat bagi memperjelas penyelarasan tindakan serta prosedur pengurusan jerebu berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Jelasnya, pengurusan jerebu memerlukan tanggungjawab bersama semua pihak dengan setiap agensi memainkan peranan masing-masing, selain sokongan ibu bapa dan masyarakat.

“Kita mahu keputusan yang dibuat mengambil kira kesihatan dan kelangsungan pendidikan anak-anak secara seimbang,” tegasnya.

Intipati
  • KPM mengutamakan keselamatan dan kesihatan murid susulan situasi jerebu semasa.
  • Keputusan operasi sekolah perlu mengimbangi kesihatan murid dan kelangsungan pembelajaran.
  • NADMA dijangka memperjelas prosedur pengurusan jerebu berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan