Selepas New Zealand, Kini Khairul Aming Dijemput Ke Oman 8 Hari 7 Malam
Nama pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming sudah tidak asing lagi dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Sosok figura yang lebih dikenali sebagai KA ini cukup sinonim dengan kepakaran dalam menghasilkan pelbagai resipi masakan menarik dan mengiurkan.
Jadi, tidak hairan pengasas kepada Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi ini semakin dikenali ramai.
Terbaru, dalam satu perkongsian KA di platform X (Twitter), dia memberitahu telah berada di salah satu negara Arab, Oman untuk sesi penggambaran siri pelancongan.

Maklumnya, dia telah dijemput oleh agensi pelancongan Oman (Oman Tourism) ke sana selama lapan hari tujuh malam untuk menghasilkan siri rancangan memasak sambil menerokai Oman (Explore Oman).
Bukan itu sahaja, pelbagai keperluan penggembaraan bagi penghasilan tujuh siri episod tersebut disediakan sepanjang berkelana di sana.
“Hasil daripada video New Zealand, kita dijemput Oman Tourism untuk explore Oman selama 8 hari 7 malam. Tourism mereka bagi semua benda 5 star, minta la apa pun semua mereka bagi.
“Berbekalkan dengan 8 buah kamera, 7 hari shooting, 3 team members, siri Oman ni mudah-mudahan akan jadi lagi besar dari siri New Zealand. Nantikan untuk 7 episod nanti,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Tambah KA menerusi satu video, Oman mempunyai keunikan tersendiri dari sudut budaya, masyarakat dan bentuk geografinya.

https://x.com/khairulaming/status/1849391682518974610?t=JqAb4kHAavOaqo85xn9L2g&s=07&fbclid=IwY2xjawGHHfZleHRuA2FlbQIxMAABHdYm9uOP8lqI8HgEnzsTIVreU0kT-tvVwpsXjdRtQGC4Z2O-ZaWwgKroXA_aem_4pw9s_dhqM8K32DfB13eHw
Terdahulu, KA berkongsi pengalamannya dalam menghasilkan siri rancangan memasak disamping memperkenalkan pelbagai lokasi menarik di New Zealand dalam sembilan episod.
Di sana, Khairul Aming bukan sahaja mempamerkan kemahiran memasaknya yang hebat tetapi juga membawa penonton menikmati pemandangan indah dan memukau negara tersebut.
Siri rancangan memasak itu turut mencuri perhatian Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon yang mengadakan pertemuan dengan pempengaruh dari Malaysia itu.
Sumber: X (Twitter) Khairul Aming
BACA: Dah 7 Tahun Masak Dekat Dapur, Khairul Aming ‘Upgrade’ Masak-Masak Sambil Explore New Zealand
BACA: Video Masakan Tular, Perdana Menteri New Zealand Ajak Khairul Aming Jumpa