Siakap Keli
surat penghargaan new zealand
Sumber: Khairul Aming via X

Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Rasmi Daripada PM New Zealand

Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Rasmi Daripada PM New Zealand

Siapa yang tidak kenal dengan Khairul Aming, pempengaruh muda yang sinonim dengan video ‘masak-masak’ yang menggoda selera, terutama sekali di bulan Ramadan?

Dari dapur rumahnya, Khairul Aming atau KA berjaya mencipta namanya sendiri sehingga dikenali di dalam dan luar negara.

Baru-baru ini, satu lagi pencapaian luar biasa telah direkodkan dalam perjalanan kerjaya KA apabila dia menerima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Penghormatan tersebut diterima selepas video-video KA yang merakamkan pengalamannya di New Zealand mendapat perhatian besar, termasuk dari pemimpin negara tersebut.

Bagi pengikut setia Khairul Aming, mereka pastinya teruja apabila KA berkongsi perjalanan unik ke New Zealand menerusi platform media sosial seperti TikTok.

Dalam video-video berkenaan, KA menunjukkan kepakarannya memasak pelbagai jenis hidangan.

Malah, dia turut membawa penonton ‘mengembara’ bersamanya menikmati keindahan alam semula jadi dan budaya di negara tersebut.

Salah satu video yang paling menarik perhatian adalah ketika dia memasak sambil menghayati pemandangan menakjubkan di New Zealand.

BACA: Dah 7 Tahun Masak Dekat Dapur, Khairul Aming ‘Upgrade’ Masak-Masak Sambil Explore New Zealand

Namun, kemuncak kepada pengalaman tersebut berlaku apabila KA berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri Luxon.

Pertemuan yang diadakan pada awal September lalu itu berlangsung dalam suasana santai dan penuh mesra.

Selama 30 minit, mereka bukan sahaja berbual, tetapi juga menikmati hidangan roti jala yang dimasak khas oleh KA sendiri.

Ini berjaya menambat hati Perdana Menteri Luxon, yang turut berkesempatan merasa keunikan masakan tradisional Malaysia tersebut.

Apa yang lebih membanggakan adalah apabila Perdana Menteri Luxon secara rasmi menghantar surat penghargaan kepada KA.

Kredit: Khairul Aming via X

“Nak share dengan you guys yang kita baru sahaja terima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand di Wellington.

“Doakan agar kami dapat teruskan buat content yang harumkan nama Malaysia di mata dunia,” tulis Khairul Aming.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berbangga dengan pencapaian KA dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya bangga jadi anak Malaysia,”

“Khairul Aming bukti pendidikan itu penting. Dengan berbekalkan modal video memasak sahaja, berjaya mengharumkan nama negara dan buka bisnes. Tahniah khairul aming,”

“Tahniah anak muda. Teruskan bawa Malaysia ke arah yg lebih gemilang,”

“Saya bangga jadi anak Malaysia,”

BACA: Video Masakan Tular, Perdana Menteri New Zealand Ajak Khairul Aming Jumpa

BACA: Khairul Aming Tempah Hotel 5 Bintang, Bawa 100 Orang Staf Bercuti

Sumber: Khairul Aming via X

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.