“Arwah dulu baik orangnya..” Netizen Terhibur Lelaki Minta Sunting Gambar Beri Makan Dinasour, Lain Pula Jadinya
Sewaktu kanak-kanak dahulu, tentu setiap daripada mempunyai impian menggembara di dunia fantasi sendiri baik lelaki, mahupun perempuan.
Berbeza dengan realiti ketika dewasa, dunia kita sewaktu kanak-kanak dipenuhi dengan imajinasi dan impian.
Jadi, tidak hairan sekiranya segelintir daripada kita masih lagi ‘berjiwa kanak-kanak’ meskipun sudah menginjak dewasa.
Bagaimanapun, dengan kecanggihan teknologi kini, dunia fantasi yang diimpi-impikan itu boleh dikembali dalam bentuk visual.
Letak sahaja, alam fantasi apa yang diinginkan, semuanya boleh disunting dalam bentuk video ataupun gambar.
Tambahan lagi, dengan kewujudan sistem Kecerdasan Buatan (AI) mampu mewujudkan semula impian kita sewaktu kanak-kanak.
Begitu juga seorang pemilik akaun Facebook Anyp memuat naik satu gambar memberikan makan seekor tupai.
Bagaimanapun, dia memohon jasa baik pengguna Facebook Kumpulan Edit Apa Hari Ni untuk menyunting gambarnya memberi makan seekor dinasour.
Ada sahaja akal netizen
Sehubungan itu, rata-rata netizen yang mempunyai waktu terluang sudi menghasilkan karya-karya sehingga turut mencuri perhatian.
Menjengah ke ruangan komen sebahagian pengguna tidak dapat menahan ketawa melihat gambar-gambar yang disunting.
Bahkan ada juga gambar turut dilihat seperti tak ubah gambar menggembara ke Jurassic Park.
Berikut antara gambar-gambar yang disunting;











Berikut antara komen pengguna;
“Dinasour tak makan Whiskas, Dinasour makan ko bang,” seloroh seorang pengguna.
“Baik-baik.. saya takut dia tak kenyang Whiskas dengan abang dia ngap,” komen seorang lagi.
“Aku tiap kali buka komen tengok, kalau ada emoji gelak sah memang kacau gambar dia dalam ni,” tulis seorang lagi.
“Komen semua pecah perut,” komen pengguna lain.
Sumber: Anyp via Facebook Kumpulan Edit Apa Hari Ni?