Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bila ada ruang kosong di halaman rumah, memang macam-macam idea boleh terlintas di fikiran untuk mengubahnya menjadi sesuatu yang lebih menarik.
Namun, lain pula ceritanya apabila soalan itu dilemparkan kepada netizen.
Niat asal mungkin sekadar mahu mendapatkan cadangan, tetapi netizen biasanya ada cara tersendiri untuk menjawab.
Ada yang serius, ada yang kreatif, malah tidak kurang juga yang sengaja mencetuskan idea pelik hingga mengundang gelak.
Daripada cadangan biasa hinggalah idea yang langsung tidak terlintas di fikiran, ruangan komen akhirnya bertukar menjadi tempat netizen ‘berimaginasi’ sesuka hati.
Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Threads, @shazlanazli, mencuri perhatian warga maya selepas dia meminta cadangan untuk memanfaatkan ruang kosong di tepi halaman rumahnya.
“Apa nak dibuat dengan ruangan tepi ni, cer bagi idea sikit,” soalnya di Threads.


Niat asalnya mungkin sekadar mahu mendapatkan beberapa idea untuk mengisi ruang berkenaan, namun netizen pula mengambil peluang untuk menunjukkan kreativiti masing-masing.
Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, ruangan komen mula dipenuhi pelbagai cadangan yang bukan sahaja kreatif, malah diselitkan dengan unsur humor.
Lebih mencuit hati, ada yang tidak sekadar memberikan cadangan menerusi komen, sebaliknya turut menghasilkan suntingan gambar untuk membayangkan rupa ruang tersebut jika idea mereka direalisasikan.
Daripada cadangan yang nampak biasa hinggalah idea yang langsung tidak terlintas di fikiran, setiap hasil suntingan tampil dengan keunikan tersendiri.
Ada yang membuatkan orang mengangguk kerana kreatif, ada pula yang sekadar melihat pun sudah cukup untuk membuatkan tergelak.
Pendek kata, daripada sekadar bertanya "nak buat apa dengan ruang kosong ini?", perkongsian tersebut akhirnya bertukar menjadi ‘pertandingan’ kreativiti dalam kalangan netizen.
Apa yang lebih mencuit hati, jenama terkenal seperti Watsons turut ‘masuk line’ dan tidak melepaskan peluang untuk mencetuskan idea mereka sendiri.
Bukan sekadar meninggalkan komen, pihak Watsons turut menyunting gambar berkenaan dengan memasukkan elemen jenama mereka ke dalam ruang kosong tersebut, sekali gus menjadikan ruangan komen semakin meriah dengan idea kreatif dan mencuit hati.

Kami kongsikan beberapa idea netizen yang 'luar kotak' dan mencuit hati.




Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan