Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

1. Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan program signature PTPTN dalam membudayakan amalan penabungan dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia.
Program ini bermula pada 26 September hingga 31 Oktober 2024 dan tahun 2024 merupakan tahun ketujuh penganjurannya sejak tahun 2018. Ini ialah salah satu usaha untuk menyebarluas manfaat Simpan SSPN kepada masyarakat Malaysia bersempena dengan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.
2. PTPTN telah mengadakan Majlis Penutup BMS 2024 pada 26 Oktober 2024, bertempat di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN. Turut hadir YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN dan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN.
3. Bertemakan Fantasi dan mengekalkan tagline Jom Jadi Superhero Anak Anda, BMS 2024 tahun ini mengangkat idea dan kreativiti untuk merangsang daya imaginasi dan perkembangan fikiran kanak-kanak bagi meneroka ilmu dan pengalaman baharu serta menyerlahkan potensi mereka. Tema ini juga sangat signifikan dengan moto PTPTN “Peluang Kejayaan Anda” iaitu memenuhi impian anak-anak untuk mengecapi kejayaan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan persediaan kewangan yang baik.
Penganjuran BMS 2024 telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dan pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang hadir sepanjang program ini berlangsung.

4. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Pertandingan Simpan SSPN Got Talent, Pertandingan Pakaian Beragam Simpan SSPN, Jenga Family Competion Simpan SSPN, penampilan khas P&T Simpan SSPN, penampilan khas Didi & Friends, Snap & Win dan Happy Hour, selebriti jemputan dan banyak lagi. Orang ramai yang berkunjung ke kaunter PTPTN turut berpeluang untuk mendapatkan tabung edisi khas BMS dan cenderahati eksklusif yang menarik melalui penabungan dalam Simpan SSPN.
5. YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN berkata, “Alhamdulillah, dalam tempoh dua (2) dekad, Simpan SSPN terus kekal sebagai produk yang berdaya saing dan menjadi tabung pendidikan utama pilihan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi. Sehingga 30 September 2024, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM19.0 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 6.61 juta akaun. Dengan sokongan padu para pelanggan, saya optimis PTPTN akan dapat mencapai sasaran deposit BMS 2024 sebanyak RM220 juta.”

6. “Dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan YAB Perdana Menteri baru-baru ini, pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam Simpan SSPN dilanjutkan untuk tempoh tiga (3) tahun lagi sehingga tahun 2027. Usaha ini mencerminkan sokongan Kerajaan dalam menggalakkan penabungan dari awal usia untuk pendidikan tinggi. Inisiatif ini juga sewajarnya menjadi peluang keemasan kepada golongan ibu bapa untuk menyimpan melalui Simpan SSPN,” tambah beliau lagi.
7. Ketika Majlis Penutup BMS 2024, turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik BMS 2024, penyampaian hadiah pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 Kategori Cabutan Siri WOW! Merdeka dan penyampaian hadiah pemenang Pertandingan Simpan SSPN Got Talent.
8. Sempena 20 tahun Simpan SSPN, buat julung kalinya, PTPTN melancarkan lagu Simpan SSPN berjudul Terbang Tinggi yang melambangkan komitmen PTPTN dalam usaha menyuburkan amalan penabungan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
9. Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan simpanan dijamin Kerajaan.