Siakap Keli
Wanita serba putih
Gambar Hiasan

Ibu Kongsi Detik Seram Wanita Serba Putih ‘Terpacak’ Depan Rumah

Ibu Kongsi Detik Seram Wanita Serba Putih ‘Terpacak’ Depan Rumah

Setiap satu daripada kita mempunyai kisah seram yang mungkin pernah didengar, atau bahkan dialami sendiri.

Adakalanya, detik-detik ngeri itu muncul tanpa diduga, membuatkan kita merasa ‘seram sejuk’ dan rasa takut yang kekal dalam ingatan.

Itulah yang dirasakan pengguna TikTok @nuradamiqah, wanita yang juga seorang ibu, yang berkongsi detik seram terjadi di kediaman lamanya.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 7.45 malam, dan ketika itu, si ibu sedang sibuk mengemas rumah, dengan anaknya leka bermain gajet di ruang tamu.

Suasana malam yang tenang tiba-tiba menjadi sesuatu yang tak diduga apabila seorang wanita serba putih ‘terpacak’ di hadapan rumah.

“Saya sedang mengemop lantai di pintu masuk utama rumah. Dari situ, saya boleh melihat jiran dan sedikit kawasan di koridor luar.

“Pintu rumah terbuka dan saya membelakangi pintu pagar utama.

“Ketika saya berpaling menghadap pintu pagar, di situ ada seorang wanita berbaju kurung dan bertudung putih, dengan wajah pucat memandang saya,” kongsi si ibu.

Ujar si ibu, wanita itu juga turut memegang satu beg kertas berwarna putih yang dipenuhi dengan bunga ros.

Terkejut dengan penampakan itu, ibu ini memberanikan diri untuk bertanya beberapa soalan kepada wanita tersebut, namun tiada jawapan.

Hanya renungan kosong yang dibalas, membuatkan suasana semakin suram dan seram.

Wanita misteri itu kemudiannya bersuara dengan hanya menyebut dua patah kata, “dua tujuh”

“Ia benar-benar membuatkan saya terkejut sehingga saya mula merasa marah.

“Saya bertanya kepadanya, adakah dia keliru nombor unit rumah saya dengan nombor ’27’.

“Dia hanya memandang nombor unit rumah saya, lalu tersenyum, kemudian kembali memandang saya dan tersenyum sekali lagi sambil berkata, ‘Tidak’,” katanya.

Situasi ini menjadi semakin menyeramkan apabila wanita itu sekali lagi mengajukan soalan kepadanya.

Namun, wanita itu akhirnya berpaling, dan si ibu menyangka dia sudah pergi.

Walaupun rasa takut ‘menghantui’, ibu ini cuba meneruskan aktivitinya dengan kembali ke dapur dan membuang sampah.

Dengan hati yang berat, dia melangkah ke koridor luar pintu pagar rumah untuk membuang sampah.

Namun, pandangannya sekali lagi terhenti apabila dia terlihat sosok yang sama.

Wanita berpakaian serba putih itu sedang berdiri di hadapan pintu lif dan merenung si ibu dengan wajah yang begitu dekat dengan pintu lif.

Setelah insiden itu, ibu ini segera masuk ke rumah dan mengunci diri bersama anaknya di dalam bilik.

Meskipun hatinya berdebar-debar penuh rasa takut, sebagai seorang ibu, dia cuba menyembunyikan perasaan tersebut agar anaknya tidak turut merasa takut.

@nuradamiqah

I didn’t know what to think. The creep was one of a kind that night. #storytime

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

 

Apabila kisah seram ini dikongsi, ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang turut mengalami pengalaman serupa.

Ramai yang merasa ‘seram sejuk’ sambil berkongsi kisah misteri mereka sendiri.

Ada juga yang menasihati agar sentiasa menutup pintu dan tingkap menjelang waktu Maghrib.

Ini merupakan satu amalan yang dipercayai dapat menghindari gangguan makhluk halus.

BACA: Lelaki Kongsi Purata Gaji Pekerja Asing Di Malaysia Undang Pelbagai Reaksi

BACA: Ayah Cekal Baca Teks Lafaz Wali Di Hari Bahagia Puterinya, Runtun Hati Netizen

BACA: Guru ‘Non-Muslim’ Ajar Tulisan Jawi, Curi Perhatian Warga Maya

Sumber: TikTok @nuradamiqah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.