Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
red devils malaysia
Gambar: AFP

Peminat Red Devils Malaysia Gembira Dengan Pemecatan Ten Hag

Fazidi

Peminat Red Devils Malaysia Gembira Dengan Pemecatan Ten Hag

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Kehangatan pengumuman pemecatan Erik ten Hag sebagai Pengurus Manchester United selepas dua tahun setengah mengendalikan skuad “The Red Devils” dalam saingan Liga Perdana Inggeris turut dirasai di Malaysia.

Presiden Kelab Peminat Manchester United Malaysia Raf Yaakob berkata keputusan untuk menamatkan kontrak jurulatih berusia 54 tahun dari Belanda itu adalah wajar memandangkan prestasi buruk kelab gergasi itu terperosok di tangga ke-14 dengan hanya tiga kemenangan selepas sembilan perlawanan.

“Ini memang dijangka selepas beberapa siri kekalahan United. Walaupun pihak pengurusan baharu telah memberi peluang kepada ten Hag, hasilnya tidak memuaskan.

“Maka, pemecatan ini adalah tindakan yang tepat. Kita ingin melihat sama ada isu ini berpunca daripada pemain yang kurang beraksi atau pengurusan jurulatih,” katanya ketika dihubungi oleh Bernama hari ini.

Ruud Van Nistelrooy akan mengendalikan pasukan sebagai ketua jurulatih sementara dibantu oleh pasukan kejurulatihan semasa manakala ketua jurulatih tetap yang baharu akan dilantik.

Sementara itu, seorang peminat tegar dan bekas editor sukan New StraitsTimes, Lazarus Rokk meluahkan keterujaannya dan menyifatkan pemecatan itu sebagai “berita terbaik dalam hidup bola sepak saya sejak Erik ten Hag memimpin di Old Trafford.”

Pandangannya mencerminkan rasa lega ramai peminat setia yang berharap agar pasukan kesayangan mereka kembali bangkit.

Dalam pada itu, hantaran di laman Facebook Manchester United berkenaan pemecatan ten Hag mendapat lebih 72,000 tanda suka, 18,000 komen dan 10,000 perkongsian dalam tempoh dua jam selepas dimuat naik.

Seorang pengguna Facebook Sukri Rasidin menyatakan bahawa keputusan tersebut wajar tetapi menegaskan pemain juga perlu memperbaiki prestasi terutama dalam aspek kecergasan.

“Banyak pemain boleh dilepaskan. Kecergasan kurang baik. Mereka lebih banyak berjalan daripada berlari. Ini bola sepak moden. Kelajuan dan ketangkasan penting,” tulisnya di ruangan komen hantaran tersebut.

United juga menghadapi situasi getir dalam Liga Europa dan kini berada di kedudukan ke-21 daripada 36 pasukan setelah mencatatkan tiga seri dalam tiga perlawanan awal.

BACA: Ini 3 Nama Antara Disebut Pengganti Ten Hag Di MU

Sumber: BERNAMA