Siakap Keli
kampung live tiktok indonesia
TikTok @wawanghz

Penduduk Selalu Buat “Live” Di TikTok, Kampung Di Indonesia Jadi Viral

Penduduk Selalu Buat “Live” Di TikTok, Kampung Di Indonesia Jadi Viral

Sebuah kampung di Indonesia menjadi tular di media sosial kerana kesungguhan sebahagian penduduknya yang sering bersiaran langsung di TikTok.

Suasana unik di kampung tersebut mula mendapat perhatian warga maya selepas dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaunnya, @wawanghz.

Menurut @wawanghz, dia sendiri merasa hairan serta terkesima sepanjang menetap di kampung berkenaan yang terletak di Kelaparea, Cikembar di Sukabumi.

Katanya, kampung berkenaan terletak jauh di kawasan pedalaman dan jauh daripada suasana hiruk-pikuk sebuah kota.

Penduduk kampung di Indonesia jadi viral, selalu buat live di TikTok

Tetapi siapa sangka, populariti desa berkenaan meningkat mendadak disebabkan kehidupan warganya yang sangat aktif di media sosial.

Difahamkan, sebahagian besar penduduk kampung tersebut menjadi pencipta kandungan di platform tersebut.

Malah, pencipta kandungan dari kampung ini terdiri daripada lelaki dan wanita, tanpa mengira usia.

@wawanghz

Ronda Live Di kampung live #wawanghz #jogetfyp #chalengedance #chalengeviral

♬ suara asli – DuoBandoJoget1 – DuoBandoJoget1

Penduduk yang melakukan siaran langsung atau menghasilkan kandungan boleh ditemui hampir di setiap pelusuk kampung.

Salah satu kandungan ‘asli’ yang dihasilkan oleh penduduk kampung berkenaan adalah Joget Sadbor, sekaligus menjadi kampung berkenaan dikenali sebagai “Kampung Live TikTok”.

Dapat gelaran Kampung Live TikTok

Difahamkan, perkongsian yang dibuat oleh @wawanghz bukan sahaja menjadi bualan di platform TikTok, malah turut menarik perhatian pengguna di pelbagai platform media sosial yang lain.

@wawanghz

Kampung live #chalengeviral #sadbor #jogetsadbor #jogetfyp #chalengedance

♬ suara asli – DuoBandoJoget1 – DuoBandoJoget1

BACA: Lelaki Warga Asing Cuba Culik Kanak-kanak Di Rawang Dipercayai Rindukan Anak

Sumber: Lembeturah.id

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.