Pengarah Eksekutif KL Wellness City Dianugerahkan Malaysia Book of Records
KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2024 – KL Wellness City (KLWC) dengan bangga meraikan pencapaian bersejarah hari ini apabila secara rasminya diiktiraf dalam Malaysia Book of Records atas kejayaan Pengarah Penjenamaan, Jualan, dan Pemasaran KLWC, Datuk Seri Dr. Vincent Tiew, sebagai usahawan paling banyak menyertai pertandingan IRONMAN TRIATHLON.
Anugerah Malaysia Book of Records ini mengiktiraf daya tahan dan dedikasi luar biasa beliau menyelesaikan 11 pertandingan penuh IRONMAN TRIATHLON dalam tempoh 24 bulan.
Sijil Malaysia Book of Records diserahkan kepada Datuk Seri Dr. Vincent Tiew dalam satu majlis penyerahan berprestij di KL Wellness City, di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, YBhg Datuk Yeoh Soon Hin sebagai Tetamu Kehormat.
Kejohanan Ironman ialah satu siri pertandingan triathlon jarak jauh yang dianjurkan oleh World Triathlon Corporation (WTC), melibatkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.86 kilometer (km), berbasikal sehingga 180km dan larian maraton sejauh 42.2km.
Baru-baru ini, Datuk Seri Dr. Vincent Tiew menamatkan pertandingan IRONMAN TRIATHLON kali ke-11 di IRONMAN TRIATHLON Malaysia Langkawi pada 12 Oktober 2024, sekali gus menambah satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan cemerlang beliau.
Keazaman untuk mencapai kecemerlangan serta minat mendalam dalam sukan lasak triathlon menjadikan beliau seorang tokoh yang memberi inspirasi kepada atlet dan usahawan.
Sebagai sebahagian daripada peristiwa penting ini, pencapaian Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew selaras dengan visi menyeluruh KL Wellness City untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan perubatan dan kesihatan.
Melalui pembangunan perbandaran KL Wellness City, syarikat ini berusaha untuk meningkatkan standard penjagaan kesihatan dengan menyediakan perkhidmatan perubatan, kesihatan, dan penjagaan kesihatan bertaraf dunia.
Setiap kali Pasukan Triathlon KL Wellness City bersaing di peringkat antarabangsa di negara seperti New Zealand, Itali, Denmark, Jerman dan Australia, mereka dengan bangga mewakili Malaysia sebagai satu-satunya pasukan negara, yang mengibarkan Jalur Gemilang di pentas dunia.
Pasukan Triathlon KL Wellness City juga sering terlibat dalam pertandingan IRONMAN TRIATHLON di Langkawi, yang berlangsung setiap penghujung tahun.
Pendedahan antarabangsa ini membantu mempromosikan kedua-dua Malaysia serta KL Wellness City sebagai peneraju dalam pelancongan perubatan dan kesihatan.
Sama seperti melengkapkan pertandingan IRONMAN TRIATHLON yang memerlukan pendekatan terbaik terhadap latihan, pemakanan dan pengurusan masa, mewujudkan perbandaran yang berjaya juga melibatkan perancangan teliti, kerjasama serta komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat.
Kedua-dua usaha ini menuntut visi yang merangkumi daya tahan, kerja berpasukan dan komitmen jangka panjang untuk mencapai kejayaan.
Pada masa sama, majlis ini turut meraikan kerjasama KL Wellness City dengan rakan kongsi strategik, yang memainkan peranan penting dalam menyokong Pasukan IRONMAN TRIATHLON KLWC.
Antara rakan kongsi tersebut termasuk COWA, Vanilla Crepe, VIVO, Kinohimitsu, Nisa Bakri Gourmet, Sweat SPA, US Pizza dan Thule.

Tajaan dan sokongan tidak berbelah bahagi barisan rakan kongsi strategik menjadi kunci kejayaan usaha ini dan diiktiraf semasa acara tersebut.
Dalam majlis tersebut, Datuk Seri Dr. Vincent Tiew turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih terhadap pengiktirafan itu.
“Pengiktirafan ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi bukti sokongan dan keyakinan luar biasa daripada pasukan saya, rakan kongsi dan komuniti KL Wellness City.
“Bersama-sama kita melangkaui sempadan dalam kesihatan dan kesejahteraan, dan saya berbesar hati dapat menyelesaikan perjalanan ini bersama begitu ramai penyokong yang berdedikasi,” katanya.
KL Wellness City terus memperjuangkan kesihatan, kesejahteraan dan kecemerlangan sukan, dengan pencapaian ini mengukuhkan lagi komitmen untuk memupuk komuniti yang mementingkan kesejahteraan fizikal serta mental.
Mengenai KL Wellness City
KL Wellness City Sdn Bhd ialah pemaju utama perbandaran. Berada di barisan hadapan dalam kesejahteraan dan penjagaan kesihatan, KL Wellness City adalah pertama di Asia Tenggara memupuk gaya hidup yang sepenuhnya bersepadu dengan penjagaan kesihatan. Merintis ekosistem komprehensif yang merangkumi penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, konsep KL Wellness City direka secara unik dengan komitmen untuk mentakrifkan semula, memperkukuh dan meluaskan pengalaman kesihatan dan kualiti hidup.
Berkongsi visi membina hab kesejahteraan 360 darjah, komuniti KL Wellness City menawarkan Hospital Tertiari Antarabangsa, Suite Perubatan, makmal inovasi, kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) klinikal, menara pejabat syarikat kesihatan, resort persaraan, Hab Penjagaan Kesihatan dan banyak lagi. Berfungsi sebagai pusat penjagaan kesihatan, elemen-elemen penting ini menjadikan KL Wellness City sebagai pusat sehenti utama untuk kesejahteraan fizikal dan mental.
Setiap komponen perbandaran ini direka dengan teliti untuk berfungsi dengan baik secara bebas dan bersama, sebagai sebahagian daripada ekosistem bersepadu komuniti yang merangkumi penjagaan perubatan, kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://klwellnesscity.com/