Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Program AI 4 Belia Perkasa Penggunaan AI Dalam Kalangan Generasi Muda

Nurul Naqiyah
program ai 4 belia

Program AI 4 Belia Perkasa Penggunaan AI Dalam Kalangan Generasi Muda

TANJONG MALIM, 26 OKTOBER 2024 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malam bersama-sama dengan Syarikat Pixlr telah menganjurkan Program AI 4 Belia yang melibatkan lebih daripada 100 orang belia bertempat di Dewan Sri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Berdasarkan Future of Jobs Report 2020 oleh World Economic Forum (WEF), AI dan automasi dijangka menggantikan 85 juta pekerjaan menjelang 2025. Namun, laporan yang sama juga meramalkan penciptaan 97 juta peranan baharu, menunjukkan bahawa AI akan mengubah pekerjaan dan bukannya sekadar menggantikan mereka.

Menurut YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, perkembangan terkini menunjukkan bahawa AI semakin mempengaruhi pasaran pekerjaan, walaupun kesan penggantian pekerjaan masih berbeza-beza mengikut industri. Dijangkakan menjelang 2027, sehingga 42% tugas dalam beberapa industri dijangka akan diautomasi sepenuhnya, terutamanya dalam bidang pemprosesan data dan pengurusan maklumat.

program ai 4 belia

Justeru, penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran belia tentang kepentingan AI, menggalakkan penggunaan AI dan memperkasakan kemahiran belia dalam AI. Beliau juga menyebut bahawa belia merupakan pelapis dalam membangunkan Malaysia pada masa akan datang, yang juga perintis kepada pekerjaan masa hadapan dalam bidang seperti Kejuruteraan Kecerdasan Buatan, Robotik, Keselamatan Maya (Cyber Security), Teknologi Blockchain dan sebagainya.

Penganjuran program AI 4 Belia ini merupakan satu inisiatif MOSTI untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) terutamanya penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam kehidupan rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan belia.

Program ini adalah penting untuk memberi pendedahan kepada para peserta khususnya golongan belia berhubung penggunaan AI dalam mendepani cabaran pasaran pekerjaan masa hadapan dan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing.

MOSTI menyeru golongan belia di Malaysia untuk melibatkan diri dalam program-program seperti AI 4 Belia bagi memperkasakan kemahiran dalam bidang teknologi dan kecerdasan buatan. Penyertaan aktif belia dalam inisiatif sebegini adalah langkah penting dalam mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan, terutamanya dalam sektor pekerjaan berteknologi tinggi.