“Rujuk Bukan Untuk Semua Orang…”, Diana Danielle Ambil Keputusan Berpisah Dengan Suami
Pelakon jelita, Diana Danielle hari ini mendedahkan keputusannya untuk berpisah dengan Farid Kamil secara rasmi dan akan menfailkan permohonan penceraian tersebut.
Perkembangan terkini rumah tangga pasangan suami isteri selebriti itu dikongsikan sendiri oleh Diana Danielle menerusi Instagram sebentar tadi.
“Saya mengambil keputusan untuk berpisah secara rasmi dan akan memfailkan permohonan penceraian. Tidak, saya tidak akan berkongsi lanjut apa alasannya,” kata Diana Danielle.
Bersama hantaran berkenaan, beliau juga berkongsi keterangan yang berbunyi “Rujuk bukan untuk semua orang. Biarkan saya pergi. Terima Kasih”.
Perkongsian terkini itu ternyata mengejutkan banyak pihak, terutamanya kepada para peminat Diana Danielle dan Farid Kamil.
Diana Danielle ambil keputusan berpisah, akan failkan penceraian
Pasangan tersebut sebelum ini baru sahaja memulakan kehidupan baru selepas mengambil keputusan kembali rujuk selepas penceraian pertama mereka.
Terdahulu, Farid Kamil dan Diana Danielle sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Namun selepas 11 tahun bersama, Diana Danielle mengejutkan banyak pihak apabila menfailkan permohonan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac 2023.
Dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan selama 11 tahun
Menurut BERNAMA, pelakon Imaginur itu menfailkan permohona tersebut atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri.
Pada 10 Ogos tahun lepas, pasangan suami isteri berkenaan kemudian disahkan bercerai talak satu di mahkamah tersebut.
Bagaimanapun selepas hampir sebulan berpisah, Farid Kamil memaklumkan telah kembali rujuk dengan Diana Danielle sejak 31 Ogos tahun yang sama.
https://www.instagram.com/p/DBqkqlOyHTx/
BACA: Penduduk Selalu Buat “Live” Di TikTok, Kampung Di Indonesia Jadi Viral
Sumber: IG Diana Danielle