Siakap Keli
semarak @ muzium kota kuala kedah

Semarak @ Muzium Kota Kuala Kedah: Muzium Dan Komuniti

Semarak @ Muzium Kota Kuala Kedah: Muzium Dan Komuniti

Kota Kuala Kedah, 26 Oktober 2024 – YB Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Program Semarak@Muzium Kota Kuala  Kedah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia menerusi Muzium Kota Kuala Kedah berlangsung selama dua (2) hari iaitu dari 25 Oktober 2025 hingga 26 Oktober 2023 di pekarangan Muzium Kota Kuala  Kedah. 

Penganjuran Program Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah ini merupakan program kemasyarakatan berkonsepkan muzium bersama komuniti yang menjadi platfrom strategik dan usaha progresif pihak Jabatan dalam  mengangkat dan memartabat pelbagai warisan tradisi, seni, budaya, serta 

sejarah negara khususnya di Negeri Kedah. Program ini turut bermatlamat  memperkukuh perpaduan nasional rakyat berbilang kaum sekaligus meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi tonggak kekuatan identiti negara  Malaysia. 

semarak @ muzium kota kuala kedah

Tema Muzium & Komuniti telah dipilih untuk sambutan Semarak @Muzium  Kota Kuala Kedah tahun 2024 memandangkan muzium dan komuniti adalah  dua entiti yang perlu saling melengkapi antara satu sama lain bagi tujuan  pembentukan sahsiah dan jati diri masyarakat.

Keupayaan muzium untuk mempelbagaikan proses penyampaian maklumat dan memberikan pendidikan kepada pelajar dan masyarakat terhadap sejarah, budaya dan masyarakat  dalam membentuk identiti serta meningkatkan kesedaran terhadap warisan tempatan

Sepanjang penganjuran Program Semarak @ Muzium Kota Kuala Kedah selama dua hari pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pameran, jualan dan demonstrasi oleh pelbagai jabatan dan agensi, persembahan  kebudayaan, sukan rakyat, pelbagai pertandingan seperti pakaian tradisional kanak-kanak, memancing, menjala dan pertandingan gusti lengan. 

Bagi program pada tahun ini juga, diadakan satu cubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records berpakaian tradisional melayu di perkarangan Muzium Kota Kuala Kedah melibatkan 1000 orang peserta. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.