Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

ALOR GAJAH — Mayat seorang wanita ditemui terdampar di Pantai Tanjung Bidara awal pagi ini, petik Sinar Harian.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, mangsa, 40, ditemui dalam keadaan berpakaian renang di lokasi kejadian oleh penduduk Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara.
Katanya Ashari, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada jam 7.45 pagi tadi.
Siasatan awal mendapati, mangsa telah menginap di sebuah chalet berhampiran pada Isnin.
Bagaimanapun, mangsa yang beralamat di kampung Londang, Masjid Tanah dipercayai lemas sewaktu ke pantai berkenaan seorang diri.
“Difahamkan keluarga memaklumkan mangsa kebiasaannya berjalan atau mengembara seorang diri,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Ashari memberitahu tiada sebarang unsur jenayah ditemukan pada tubuh badan mangsa dan kes itu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Mayat mangsa kemudian dihantar di Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga,” jelasnya lagi.
BACA: “Arwah dulu baik orangnya..” Netizen Terhibur Lelaki Minta Sunting Gambar Beri Makan Dinasour, Lain Pula Jadinya
BACA:PLUS Jangka 2.1 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Perayaan Deepavali
Sumber: Sinar Harian