Wanita Kongsi Tip Mudah ‘Matikan’ Rumput Liar
Siapa kata berkebun hanya untuk golongan pencen? Kini, semakin ramai anak muda Malaysia turut terjun dalam hobi yang serba santai.
Sama ada menanam bunga-bungaan, pokok buah atau sayur-sayuran, berkebun bukan sahaja menyeronokkan, malah mencabar kreativiti dan daya ketahanan fizikal kita.
Namun, rumput yang tumbuh meliar adalah sa;ah satu masalah yang kerap menghantui mereka yang mencintai hobi yang menenangkan ini.
Seorang pengguna TikTok, @anitahassan67, baru-baru ini berkongsi satu tip mudah yang mungkin boleh membantu ramai tukang kebun tegar di luar sana.
Hanya satu bahan yang diperlukan
Dengan hanya menggunakan satu bahan, iaitu garam kasar, rumput liar boleh dimatikan tanpa memerlukan racun atau bahan kimia lain. Menarik, kan?
Menurut @anitahassan67, proses ini sangat ringkas, cukup dengan menaburkan garam kasar di kawasan rumput liar yang ingin dimusnahkan.
Jika cuaca panas keesokan harinya, rumput tersebut akan layu dan kering dalam masa yang singkat.
Jika hujan, proses ini mungkin memakan masa sedikit lebih lama, tetapi tetap efektif dalam mencegah pertumbuhan rumput dalam jangka masa panjang.
@anitahassan67 #gengkebun #jomkebun #mencariredhaallah #tiktokguru_malaysia #fyp
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan reaksi positif selain berkongsi pengalaman masing-masing tentang keberkesanan garam kasar ini.
“Tabur garam kasar memang berkesan. Binatang pun tak suka masuk kawasan yang ada garam kasar ni,”
“Kalau nak lebih berkesan, larutkan garam dalam air panas dan siram terus di kawasan rumput liar,”
Berkebun bukan sahaja mengisi masa lapang tetapi juga memberi banyak faedah kesihatan, seperti meningkatkan kekuatan fizikal dan mengurangkan tekanan.
Walaupun begitu, penting untuk menjaga kesihatan diri, terutama ketika cuaca panas terik. Pastikan anda memakai topi, minum air yang cukup, dan berehat secukupnya.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
BACA: Nak Tanaman Subur, Elak Lakukan 6 Kesalahan Ini Ketika Bercucuk Tanam
BACA: 8 Tanaman Herba Yang Mampu Membersihkan Dan Mewangikan Rumah
BACA: 8 Jenis Bungan Tanaman Beracun Yang Mungkin Terdapat Di Rumah Anda
Sumber: Anita Hassan via TikTok