Memiliki tanaman hiasan sepeti bunga-bungaan sebagai dekorasi rumah memang memberikan nuansa yang cantik dan berwarna. Warna-warni bunga tak hanya mencantikkan halaman dan ruangan rumah , namun juga memberi aura positif dan bahagia. Namun, anda perlu hati-hati dalam memilih bunga sebagai tanaman hias di rumah. Hal ini kerana beberapa jenis bunga mempunyai racun dan membahayakan nyawa jika tertelan oleh manusia atau haiwan peliharaan.
Dipetik dari Good Housekeeping, berikut beberapa bunga yang beracun dan harus dihindarkan dari anak-anak dan haiwan peliharaan.
1. Lily of the Valley
Mengamalkan sebatian racun dalam bunga ini, yang disebut sebagai glikosida jantung, akan meyebabkan orang harus dikerjarkan ke hospital dengan gejala seperti pusing, muntah, ruam dan cirit-birit. Jika tidak dirawat dengan segera, keracunan akibat bunga berbentuk lonceng kecil ini akan menyebabkan kematian.
2. Foxglove
Jangan biarkan warna-warna cantik bunga ini menipu anda. Bunga yang mekar cantik berbentuk lonceng dan memiliki buah seperti beri ini dapat menarik perhatian kanak-kanak, tetapi mengandungi sebatian yang digunakan untuk mengubati kegagalan jantung. “Makan bunga ini seperti mengambil dos ubat jantung yang tidak dikawal,” kata Poison Control.
3. Wisteria
Tanaman menjalar dengan bunga yang bergerombol dan berwarna ungu cantik ini jarang membahayakan manusia. Akan tetapi, buanya beracun bagi anjing, kucing dan kuda. Segera ke doktor haiwan jika haiwan peliharaan anda mengalami gejala seperti muntah atau cirit-birit setelah memakan bunga ini.
4. Lily
Lily adalah bunga yang sangat popular dengan warna putih yang cantik. Namun, ternyata bunga ini beracun. Bunga yang masuk dalam genetik Hemerocallis ini membahayakan kucing, termasuk varieti tiger lily dan daylily. Makan bunga ini dalam jumlah sedikit dapat menyebabkan kegagalan buah pinggang atau menyebabkan kematian pada haiwan.
5. Daffodil
Umbi bunga ini adalah bahagian paling beracun, jadi anda mungkin berfikir dua kali untuk menanamnya jika anda memiliki anjing yang suka menggali. Menelan terlalu banyak dapat menyebabkan muntah, cirit-birit, kejang, bergetar dan aritmia jantung.
6. Hydrangea
Bunga popular ini mengandungi racun yang sangat berbahaya, iaitu sianida. Haiwan peliharaan dan manusia hanya perlu menelan sedikit bunga dan kesannya adalah maut.
7. Oleander
Bunga oleander hadir dalam warna putih, merah atau merah muda. Namun, di balik kecantikannya, bunga ini beracun. Makan hanya sebahagian kecil dari tanaman ini boleh memberi akibat maut. Dalam satu kes, hanya satu daun sudah cukup untuk membahayakan seorang anak. Gejala keracunan meliputi mengantuk, detak jantung perlahan dan gemetar.
8. Rhododendron dan azalea
Bunga-bunga indah ini terlihat seperti gambar yang sempurna mengintip dari atas pagar kayu putih, tetapi seluruh tanaman ini sangat beracun. Menelan bunga, batang, atau daun dapat menyebabkan sakit perut, kesukaran bernafas, kelumpuhan, koma dan boleh juga menyebabkan kematian.
Sumber- Good house keeping