Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MRT Laluan Kajang Tergendala, Terdapat Insiden Pencerobohan Dan Cubaan Mencuri Kabel

Mencuri Kabel
Kredit: Rapid KL

Jadual perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bagi laluan Kajang mengalami kelewatan pagi ini susulan terdapat cubaan mencuri kabel dan pencerobohan di landasan sekitar jam 5.30 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, Rapid KL memaklumkan kelewatan itu membabitkan dua stesen iaitu Stesen Phileo Damansara dan Stesen Pusat Bandar Damansara.

Susulan insiden pencerobohan di kawasan landasan dna cubaan mencuri kabel itu, bekalan kuasa di kawasan terbabit telah diputuskan buat sementara waktu mengikut prosedur operasi dan keselamatan yang ditetapkan.

Terdapat Pencerobohan dan Cubaan Mencuri Kabel Di Dua Stesen MRT

Menurut RapidKL, langkah tersebut diambil bagi membolehkan Pasukan Polis Bantuan menjalankan pemeriksaan dan operasi pengesanan dengan selamat.

Di samping itu, ia juga untuk memastikan keselamatan penumpang, petugas serta kawasan landasan dan kelancaran operasi perkhidmatan tren.

Bagaimanapun, bekalan kuasa kemudiannya disambung semula pada 6.32 pagi selepas tindakan yang diperlukan dilaksanakan.

“Sepanjang operasi pemeriksaan dan pencarian dijalankan, perkhidmatan tren alternatif disediakan buat sementara waktu bagi memastikan perjalanan penumpang dapat diteruskan dengan selamat.

“Rapid KL memandang serius kejadian kecurian kabel yang menjejaskan kelancaran perkhidmatan tren serta keselamatan penumpang dan petugas,” katanya.

Dalam pada itu, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Rapid KL akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan dan mencegah kejadian seumpama ini daripada berulang,” ujarnya.

Sumber:Rapid KL